Drama Saat Aku Tahu

Info lengkap drama Saat Aku Tahu. Ketahui sinopsis, pelakon, pengarah, dan penerbit drama Saat Aku Tahu yang bakal ditayangkan di VIU Malaysia

Sejak 6 November 2025 yang lepas, satu drama baharu telah bergenre psikologi romantik bertajuk Saat Aku Tahu telah ditayangkan di platform penstriman yang popular di Malaysia, VIU. Buat pembaca yang belum lagi mempunyai akaun VIU, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama menarik ini.

Info Lengkap Saat Aku Tahu

Saat Aku Tahu merupakan sebuah drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang pernah menerbitkan banyak drama popular sebelum ini seperti Bawah Payung Awan, Aku Bukan Ustazah dan banyak lagi. Drama Saat Tahu yang sedang disiarkan ini juga insyaAllah bakal menjadi tontonan ramai kerana pelakon yang membintanginya adalah mereka yang sangat berbakat dan diminati ramai seperti Ummi Nazeera dan Hisyam Hamid.

Poster Gambar pelakon Utama drama Saat Aku Tahu Ummi Nazeera, Hisyam Hamid dan Anna Jobling
Drama Saat Aku Tahu

Tambahan lagi, pengarah drama ini juga adalah antara yang paling dikenali ramai iaitu Riza Baharudin kerana hasil drama yang pernah diarahkan beliau diminati peminat drama melayu diluar sana. Antara drama lain arahan beliau yang pernah berjaya menambat hati ramai orang adalah Luruhnya Bunga Cinta, Dendam Seorang Madu dan Kisah Cinta Kita.

Senarai Pelakon & Watak

Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Saat Aku Tahu dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.

Pelakon & Watak (Jadual)

No. Pelakon Watak
1Anna JoblingAmeena
2Ummi NazeeraMaira
3Hisyam HamidZarif
4Luqman HafidzHarris
5Quinneyra AlysshaAiris
6Eizlan Yusof-

*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

BERITA TERKINI: Drama Baru TV3 Lakonan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong Akan Datang Oktober 2025

Info Ringkas Tentang Drama Saat Aku Tahu

  • Tajuk Drama: Saat Aku Tahu
  • Saluran: VIU
  • Tarikh Tayangan: Bermula 06 November 2025
  • Waktu Tayangan: -
  • Pengarah: Riza Baharudin
  • Terbitan: Global Station Sdn Bhd

BERITA TERKINI: Rita Nadira Kembali Dengan Drama Baru TV3 Dhia Kasyrani!

Sinopsis Drama Saat Aku Tahu

Mengisahkan tentang Ameena yang ingin membalas dendam kepada sahabat baiknya sendiri Maira kerana mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, Zarif.

Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.

LihatTutupKomentar