13 Peserta Dari 3 Buah Negara Merebut Gelaran Juara Gegar Vaganza 2025 (GV12)

Info lengkap Gegar Vaganza 2025 termasuk senarai penuh peserta, pengacara, waktu siaran dan juri tetap gegar vaganza musim ke 12

Berkonsepkan "GV-VERSE", rancangan realiti TV kegemaran rakyat Malaysia kembali lagi pada tahun ini untuk musim yang ke 12. Gegar Vaganza 2025 bakal menampilkan ramai peserta hebat yang pastinya akan memberikan persembahan memukau setiap minggu. 

13 Barisan penyanyi yang bakal berentap di atas pentas Gegar Vaganza musim ke 12 akan melibatkan dua lagi negara selain Malaysia  iaitu Indonesia dan Singapura. 13 peserta ini terdiri dari peserta solo dan berkumpulan. Kehadiran peserta duo dan berkumpulan tentunya akan membuatkan GV12 lebih meriah dan berwarna.

Info Penting Gegar Vaganza 2025 (GV12)

Apa info penting yang korang perlu tahu? Setiap kali Gegar Vaganza kembali ke kaca televisyen, ramai peminat diluar sana menantikan info penting seperti senarai penuh peserta Gegar Vaganza 2025, pengacara, Juri yang bakal terlibat dan sebagainya.

Gambar 13 Peserta Gegar Vaganza untuk tahun 2025 musim yang ke 12
Peserta Gegar Vaganza Musim ke 12

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2025 (GV12)

Berikut adalah senarai penuh peserta GV12 dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

  1. Freshies
  2. Krisya
  3. Nubhan
  4. Shae - Indonesia
  5. Ruri Repvblik - Indonesia
  6. Mendua - Indonesia
  7. Dato Elaine Kang
  8. Mark Adam
  9. Shy8
  10. Rahmat Ekamatra
  11. Mell Sakura
  12. Korie
  13. Iskandar Ismail - Singapura

Nampaknya musim ini membawakan lebih banyak peserta dari indonesia dan hanya satu sahaja dari Singapura.

Pengacara Gegar Vaganza 2025

Selain senarai peserta, ramai peminat GV diluar sana tertanya tanya siapakah yang akan mengacarakan rancangan berprestij ini? Adakah sama seperti tahun tahun sebelum ini atau GV membawa kejutan yang berbeza?

Untuk pengetahuan semua, pengacara Gegar Vaganza musim 12 adalah Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad.

Juri Tetap Gegar Vaganza 2025

Masih mengekalkan juri tetap yang sama seperti sebelum ini, persembahan peserta Gegar Vaganza akan dinilai oleh Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang yang didatangkan khas dari negara jiran kita, Indonesia.

Rancangan realiti TV yang menambat hati ramai peminat muzik ini bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9:00 malam menerusi saluran Astro Ria bermula 02 November 2025.

Ringkasan Gegar Vaganza 2025 (GV12)

  1. Tajuk Rancangan : Gegar Vaganza 2025, Gegar Vaganza musim ke 12, GV12
  2. Waktu Tayangan : Setiap hari Ahad, Jam 9:00 malam
  3. Tarikh Tayangan : Bermula 02 November 2025
  4. Pengacara : Nabil Ahmad, Sherry Al Hadad
  5. Juri Tetap : Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang
  6. Peserta : 13 Peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura
LihatTutupKomentar