Filem Sumpahan Nilam Utama
Sebuah filem dengan genre komedi thriller bertajuk Sumpahan Nilam Utama bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada tahun 2026. Filem komedi thriller dan komedi seram sebenarnya sama atau tidak?
Aku pun tak pasti tapi di Malaysia ini filem komedi yang ada unsur seram dan misteri banyak juga. Agak agak filem Sumpahan Nilam Utama ini berkenaan dengan apa?
Info Lengkap Filem Sumpahan Nilam Utama
Siapakah pelakon yang akan membintangi filem ini?
Generasi Z mesti familiar dengan pelakon dalam filem ini sebabnya bila aku tengok senarai pelakon, ramai diantara mereka masih muda dan aku tak pasti siapa tapi tak apa sebab aku akan kongsikan sedikit info mengenai mereka supaya korang pun boleh tahu.
Pelakon yang akan membintangi filem ini adalah Idan Aedan, Razin Qidran, Farahin Arnia, Muizzuddin dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan korang, Idan Aedan adalah seorang pelakon remaja kelahiran tahun 2004 yang pernah membintangi beberapa buah filem seperti Abah Saya Uncle Mike, Tebus, Anak Rimau The Movie dan Harum Malam.
Razin Qidran? Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV popular Hero Remaja 2023. Dari pembacaan aku di google, Sumpahan Nilam Utama merupakan filem pertama beliau tetapi Razin Qidran pernah terlibat dengan beberapa buah drama sebelum ini seperti Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Si Jantung Hati.
Bagaimana pula dengan Farihin Arnia dan Muizzudin? Setahu aku, Farihin Arnia adalah seorang pempengaruh yang dikenali di social media tetapi kalau Muizzuddin aku tak pasti. Mungkin kalau ada yang tahu siapa Muizzuddin boleh kongsikan di ruangan komen.
Selain mereka berempat, Sumpahan Nilam Utama turut dilakonkan oleh Taufiq Izmir, Arena Wan, Dato A. Tamimi Siregar, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
Info menarik yang aku nak kongsikan dengan korang adalah pengarah filem ini iaitu Hyrul Anuar yang pernah berhasil membuat filem kegemaran ramai, 3 Janda Melawan Dunia. Aku yakin ramai yang tahu tentang filem tersebut.
Aku harap filem Sumpahan Nilam Utama mempunyai vibes yang sama macam filem beliau sebelum ini. Kejayaan 3 Janda Melawan Dunia membuktikan walau pun menampilkan pelakon yang biasanya memegang watak kecil/sampingan atau bukan nama besar dalam industri, sebuah filem tetap mampu mendapat tempat di hati penggemar filem melayu jika digarap oleh mereka yang berbakat.
Senarai Pelakon & Watak
Berikut adalah senarai pelakon dalam filem Sumpahan Nilam Utama dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.
| No. | Pelakon | Watak |
|---|---|---|
| 1 | Idan Aedan | Hakim |
| 2 | Razin Qidran | Ilham |
| 3 | Farihin Arnia | Farid |
| 4 | Muizzuddin | Aziz |
| 5 | Taufiq Izmir | Danial |
| 6 | Arena Wan | Suri |
| 7 | Dato A. Tamimi Siregar | Salleh |
| 8 | Ellie Suriaty | - |
| 9 | Aloy Paradoks | Yeob |
| 10 | Taqim Zaki | Ismail |
| 11 | Anas Ridzuan | Baha |
| 12 | Dr. Rosdeen Suboh | - |
BERITA TERKINI: Drama Baru Yang Mengenengahkan Elemen AI lakonan Siti Hariessa dan Zarif Ghazzi
Info Ringkas Tentang Filem Sumpahan Nilam Utama
- Tajuk Filem: Sumpahan Nilam Utama
- Saluran: Pawagam
- Tarikh Tayangan: TBC
- Waktu Tayangan: -
- Pengarah: Hyrul Anuar
- Terbitan: Infinitus Productions
BERITA TERKINI: Selepas 10 Tahun Berpisah Mereka Bertemu Kembali! Saksikan Impiana: Karma November 2025
Sinopsis Filem Sumpahan Nilam Utama
Demi untuk menyiasat misteri kebum manggis yang dikatakan berhantu, empat orang sahabat iaitu Ilham, Danial, Hakim dan Aziz mengambil keputusan untuk bersembunyi di asrama sekolah pada waktu cuti.
Malangnya, seorang gadis yang diminati oleh ilham, Suri tiba tiba hilang dan muncul pula seorang pengawas skema dan misteri bernama Farid.
Sewaktu mereka menyelinap masuk ke dalam kebun, mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian pelik yang membawa kepada satu rahsia gelap yang mengerikan.
Rahsia gelap apalah agaknya kan? Tak sabar pula nak tengok filem ini di pawagam nanti.
