Drama Good Boys Go To Heaven
Jom tonton drama melayu terbaru bertajuk Good Boys Go To Heaven yang akan menemui peminat di kaca televisyen tidak lama lagi. Bila agaknya drama ini akan ditayangkan? Untuk pengetahuan semua, Drama ini bakal ditayangkan di Astro pada tahun 2026.
Sekiranya tidak sempat menonton di rumah, korang boleh strim drama yang best ini di laman sesawang atau aplikasi Astro GO. Selain itu, Good Boys Go To Heaven turut disiarkan di aplikasi Sooka. Buat penggemar drama melayu yang belum mempunyai akaun Sooka dan Astro GO, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama terkini.
Info Lengkap Drama Good Boys Go To Heaven
Siapakah pelakon yang akan membintangi drama ini?
Drama Good Boys Go To Heaven dibintangi oleh beberapa orang pelakon hebat dalam industri dan antaranya adalah Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson dan Amerul Affendi.
Ketiga tiga nama ini tak perlu diperkenalkan lagi kerana masing masing mempunyai bakat besar dalam dunia lakonan tetapi apa yang membuatkan aku excited adalah kemunculan Zahirah Macwilson. Mungkin aku tak perasan atau memang ini adalah drama pertama Zahirah selepas Entitled yang pernah ditayangkan pada tahun 2023 di Prime Video.
Tak sabar nak tengok watak apa yang bakal beliau bawakan kali ini. Bergandingan pula dengan Beto Kusyairy dan Amerul Affendi pastinya menarik untuk kita semua tonton.
Selain mereka bertiga, drama ini turut dilakonkan oleh Malek Mccrone, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.
Pengarah untuk drama ini ialah Ariff Zulkarnain. Kalau korang nak tahu, beliau pernah mengarahkan satu drama Astro yang sangat popular iaitu One Cent Thief musim pertama dan kedua. Aku harap drama ini juga bakal mendapat tempat dihati penonton diluar sana.
Untuk pengetahuan semua, drama bergenre Pyscho Thriller ini diterbitkan oleh Astro Shaw. Menurut apa yang aku baca di Gempak, drama Good Boys Go To Heaven mempunyai 8 episod. Aku rasa 8 episod adalah jumlah episod yang baik. tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Just nice!
Senarai Pelakon & Watak
Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Good Boys Go To Heaven dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.
| No. | Pelakon | Watak |
|---|---|---|
| 1 | Beto Kusyairy | Yasser |
| 2 | Zahirah Macwilson | Dahlia |
| 3 | Sayf Mikael | Ahyan |
| 4 | Amerul Affendi | - |
| 5 | Malek Mccrone | - |
| 6 | Firdaus Karim | - |
| 7 | Amanda Ang | - |
| 8 | Mila Mohsin | - |
| 9 | Dai Fuad | - |
| 10 | Sky Iskandar | - |
| 11 | Zaleha Iman | - |
| 12 | Marzuki Noh | - |
BERITA TERKINI: Drama Baru Yang Mengenengahkan Elemen AI lakonan Siti Hariessa dan Zarif Ghazzi
Info Ringkas Tentang Drama Good Boys Go To Heaven
- Tajuk Drama: Good Boys Go To Heaven
- Saluran: Astro
- Tarikh Tayangan: 2026
- Waktu Tayangan: TBC
- Pengarah: Ariff Zulkarnain
- Terbitan: Astro Shaw
BERITA TERKINI: Selepas 10 Tahun Berpisah Mereka Bertemu Kembali! Saksikan Impiana: Karma November 2025
Sinopsis Drama Good Boys Go To Heaven
Seorang kanak kanak di pekan kecil bernama Kuala Makar dipercayai meninggal kerana dibunuh dan bapanya sendiri menjadi suspek utama. Untuk membersihkan nama baiknya, dia berusaha menjejaki pembunuh sebenar.
