Drama Ai Crush You

Info lengkap Drama Ai Crush You. Ketahui sinopsis, pelakon, pengarah, dan penerbit drama Ai Crush You yang bakal ditayangkan di TV3

Kaca televisyen korang akan dimeriahkan dengan sebuah drama melayu yang menarik dengan konsep yang unik untuk ditonton bertajuk Ai Crush You. Drama ini akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Lestary pada setiap hari jumaat dan sabtu bermula 05 Disember 2025.

Jangan risau jika korang tidak sempat menonton di kaca TV kerana drama ini boleh di strim dengan melayari laman sesawang dan aplikasi TONTON pada bila bila masa dan dimana sahaja korang berada. Buat pembaca yang belum lagi mempunyai akaun TONTON, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton Ai Crush You.

Info Lengkap Drama Ai Crush You

Drama 10 episod ini dibintangi oleh Zarif Ghazzi dan Siti Hariessa sebagai watak utama dan dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Lorenzo Irmann, Qistina Rania, Auni Yusri dan ramai lagi. Menarik tentang drama ini adalah ianya mengenengahkan dunia AI.

Gambar Poster Zarif Ghazzi dan Siti Hariessa untuk drama Ai Crush You di TV3
Drama Ai Crush You

Drama Ai Crush You diarahkan oleh Azmi Hatta, seorang pengarah yang popular dengan drama Melastik Ke Hatimu, Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker, Hello Jodoh dan banyak lagi. untuk pengetahuan korang juga, drama ini diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd

Senarai Pelakon Dan Watak

Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Ai Crush You dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.

No. Pelakon Watak
1Zarif GhazziAiman
2Siti HariessaSarah/Aurora
3Lorenzo IrmannFarid
4Qistina RaniaBella
5Auni YusriDewi
6Esma DanielRizal
7Zarynn MinNora
8Shamsul Ghau GhauRazif
9Zara SophiaAina
10Sasha BashirAzura
11Liza RafarAisyah
12Aleza ShadanFaizah

BERITA TERKINI: Drama Curang Baru Astro Lakonan Ummi Nazeera Sedang Tayang Di VIU Malaysia

Info Ringkas Tentang Drama Ai Crush You

  • Tajuk Drama: Ai Crush You
  • Saluran: TV3
  • Tarikh Tayangan: Bermula 05 Disember 2025
  • Waktu Tayangan: Setiap hari jumaat dan sabtu, Jam 9:00 malam
  • Pengarah: Azmi Hatta
  • Terbitan: OrangeTree Production Sdn Bhd

BERITA TERKINI: Selepas 10 Tahun Berpisah Mereka Bertemu Kembali! Saksikan Impiana: Karma November 2025

Sinopsis Drama Ai Crush You

Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar Sains Komputer bernama Aiman yang suka pada seorang gadis bernama Sarah. Belajar dalam bidang tersebut, Aiman mencipta Aurora, AI yang mempunyai personaliti Sarah.

Keadaan menjadi rumit apabila Aurora mula menunjukkan emosi dan Sarah pula mengetahui tentang kewujudan Aurora. Apa yang akan terjadi selepas itu, bagaimana Aiman mengawal keadaan tersebut? Apa yang akan berlaku pada Aurora dan Sarah?

Semuanya akan terjawab dalam drama Ai Crush You yang sekarang ini sedang ditayangkan di TV3. Selamat menonton!

LihatTutupKomentar