Drama Bahagia Yang Tertangguh
Jangan lupa untuk menonton drama melayu terbaru 2025 yang akan menemui korang di kaca televisyen tidak lama lagi yang bertajuk Bahagia Yang Tertangguh. Bilakah drama ini akan ditayangkan? Untuk pengetahuan semua, Drama ini bakal ditayangkan di Astro menerusi Slot MegaDrama pada setiap hari isnin hingga khamis, jam 10:00 malam bermula 17 November 2025.
Sekiranya tidak sempat menonton di rumah, korang boleh strim drama yang best ini di laman sesawang atau aplikasi Astro GO. Selain itu, Bahagia Yang Tertangguh turut disiarkan di aplikasi Sooka. Buat penggemar drama melayu yang belum mempunyai akaun Sooka dan Astro GO, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama terkini.
Fakta penting tentang drama ini adalah ianya diadaptasi daripada sebuah novel berjudul Bahagia Yang Tertangguh karya Rissa Ahdiya. Beliau juga merupakan seorang penulis novel kegemaran ramai, Andai Tiada Dia dan Dia Bukan Syurga yang pernah dijadikan drama sebelum ini.
Info Lengkap Drama Bahagia Yang Tertangguh
Siapakah pelakon yang akan membintangi drama ini?
Drama Bahagia Yang Tertangguh dilakonkan oleh beberapa orang pelakon hebat dalam industri dan antaranya adalah Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam dan Rozita Che Wan. Tak sabar rasanya nak menonton drama ini bila dapat tahu Nad Zainal adalah salah seorang pelakon utama sebab lakonan beliau drama sesebuah drama selalunya memberikan impak positif dan menyentuh emosi penonton.
Drama yang penuh dengan emosi ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh iFAME Sdn Bhd. Satu info yang menarik perhatian aku adalah berkenaan penulis skrip iaitu Oka Aurora. Kalau korang suka dan pernah menonton drama popular Mandul Bukan Pilihan, Oka Aurora adalah penulis skrip drama tersebut. Jadi, harapan aku terhadap drama ini agak tinggi.
Senarai Pelakon & Watak
Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Bahagia Yang Tertangguh dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.
Pelakon & Watak (Jadual)
| No. | Pelakon | Watak |
|---|---|---|
| 1 | Nad Zainal | Nurin Hana |
| 2 | Kamal Adli | Armin |
| 3 | Izzue Islam | Zakwan |
| 4 | Rozita Che Wan | Juriah |
| 5 | Mimi Ernida | Azrin Sofea |
| 6 | Riz Amin | Saleh |
| 7 | Adrean Mateen | Raiqal |
| 8 | Iqbal Riezky | Fahri |
| 9 | Rosnah Johari | Rahimah |
| 10 | Norreen Iman | - |
| 11 | Nina Juren | - |
| 12 | Muaz Fitri | - |
BERITA TERKINI: Drama Curang Baru Astro Lakonan Ummi Nazeera Sedang Tayang Di VIU Malaysia
Info Ringkas Tentang Drama Bahagia Yang Tertangguh
- Apakah tajuk drama?
- Bahagia Yang Tertangguh
- Dimanakah drama ini akan ditayangkan?
- Astro
- Bilakah drama ini akan ditayangkan?
- Pada setiap hari isnin - khamis, jam 10:00 malam Bermula 17 November 2025
- Siapakah pengarah drama ini?
- Eyra Rahman
- Siapakah penerbit drama ini?
- Zeel Production Sdn Bhd
BERITA TERKINI: Selepas 10 Tahun Berpisah Mereka Bertemu Kembali! Saksikan Impiana: Karma November 2025
Sinopsis Drama Bahagia Yang Tertangguh
Nurin Hana berkahwin dengan seorang lelaki bernama Zakwan dan selama mereka berkahwin cintanya terhadap suami tidak pernah hilang walau pun diduga dengan pelbagai dugaan tetapi akhirnya perkahwinan mereka hancur ditengah jalan. Ketika dilanda masalah, muncullah Armin yang membawa sinar baharu dalam kehidupannya. Walau pun begitu, Nurin Hana masih diduga dengan masalah dan bagaimanakah dia menghadapinya?
Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.
