Drama Sumpah Ibuku
Jangan lupa saksikan drama melayu baru yang akan menemui korang di kaca televisyen tidak lama lagi yang bertajuk Sumpah Ibuku. Drama ini bakal ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia pada setiap hari isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam bermula 19 November 2025.
Jangan risau jika korang tidak sempat menonton di kaca TV kerana drama ini boleh di strim dengan melayari laman sesawang dan aplikasi TONTON pada bila bila masa dan dimana sahaja korang berada. Buat pembaca yang belum lagi mempunyai akaun TONTON, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton Sumpah Ibuku.
Info Lengkap Drama Sumpah Ibuku
Drama kali ini sangat istimewa untuk dikongsikan dengan semua peminat drama melayu kerana pelakon utama yang terlibat sama dalam Sumpah Ibuku adalah Remy Ishak dan Izara Aishah. Dua pelakon yang dikenali ramai tetapi jarang terlibat dengan drama.
Remy Ishak sebelum ini banyak terlibat dengan filem. Antara filem yang dibintangi oleh beliau pada tahun 2025 adalah Keluang Man, 6 Jilake, Soloz : Game Of Life dan yang paling terbaru Qifarah tetapi untuk drama setahu aku kurang.
kalau tak salah juga, satu satunya drama yang dibintangi oleh Izara Aishah pada tahun ini adalah Keluarga Itu. Tak sabar rasanya ingin menonton gandingan dua pelakon hebat dalam drama terbaru 2025 di TV3 pada bulan 11 nanti.
Pengarah drama ini juga tidak kurang hebatnya, siapa lagi kalau bukan Riza Baharudin. Kalau korang suka dengan drama arahan beliau boleh langgan VIU Malaysia sekarang untuk menonton drama Saat Aku Tahu lakonan Ummi Nazeera, Hisyam Hamid dan Anna Jobling.
Buat pengetahuan umum, drama Sumpah Ibuku diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd.
Senarai Pelakon & Watak
Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Sumpah Ibuku dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.
Pelakon & Watak (Jadual)
| No. | Pelakon | Watak |
|---|---|---|
| 1 | Izara Aishah | Husna |
| 2 | Remy Ishak | Hadith |
| 3 | Lizza Abdullah | Che Yam |
| 4 | Zara Zya | Syafikah |
| 5 | Syazwan Zulkifly | Zaim |
| 6 | Aleeza Shadan | Alma |
| 7 | Ieda Moin | Mak Uda |
| 8 | Syad Mutalib | Nurul Iman |
| 9 | Ako Mustapha | Ustaz Hanafi |
| 10 | Nik Rifaie | Hilman |
| 11 | Mia Nasir | Farhana |
| 12 | Anies Hann | Elin |
| 13 | Zaleha Iman | Lutfia |
| 14 | Wilma Muhammad | Zahiria |
| 15 | Rahim Omar | Haji Zakaria |
| 16 | Sayf Mikael | Zarin |
BERITA TERKINI: Drama Curang Baru Astro Lakonan Ummi Nazeera Sedang Tayang Di VIU Malaysia
Info Ringkas Tentang Drama Sumpah Ibuku
- Tajuk Drama: Sumpah Ibuku
- Saluran: TV3
- Tarikh Tayangan: Bermula 19 November 2025
- Waktu Tayangan: Setiap hari isnin hingga jumaat, Jam 7:00 malam
- Pengarah: Riza Baharudin
- Terbitan: Saphire Screen Sdn Bhd
BERITA TERKINI: Selepas 10 Tahun Berpisah Mereka Bertemu Kembali! Saksikan Impiana: Karma November 2025
Sinopsis Drama Sumpah Ibuku
Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.
