Drama Impiana: Karma

Info lengkap drama impian : Karma. Ketahui sinopsis, pelakon, pengarah, dan penerbit drama impiana : Karma yang bakal ditayangkan di Astro Malaysia

Drama baru yang akan ditayangkan di Astro menerusi channel Astro Ria tidak lama lagi adalah Impiana: Karma. Drama ini akan menemui penonton pada setiap hari rabu dan khamis bermula 19 November 2025. Kalau tak sempat menonton di rumah, korang boleh strim drama menarik ini di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.

Selain astro, Impian: Karma akan turut disiarkan di aplikasi Sooka. Buat pembaca yang belum lagi mempunyai akaun Sooka dan Astro GO, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama menarik ini.

Fakta menarik tentang drama ini adalah ianya diadaptasi daripada sebuah novel karya Ain Maisarah.

Info Lengkap Drama Impiana: Karma

Drama Impiana: Karma dibintangi oleh ramai pelakon wanita yang berbakat seperti Ezzanie Jasny, Juliana Evans, Tiz Zaqyah, Adriana Adnan dan ramai lagi. Menerusi poster di Instagram Zeel Production yang merupakan penerbit untuk drama ini menunjukkan Ezzany Jasny adalah salah satu watak penting dan mungkin watak utama dalam drama ini. Poster yang dikongsikan agak menarik perhatian sebenarnya. Betul tak?

Poster Pelakon Drama Impiana Karma Di Astro Ria antaranya Ezzany Jasny, Tiz Zaqyah, Adriana Adnan, Che Puan Juliana Evans dan Yuna Rahim
Drama Impiana : Karma

Untuk pengetahuan pembaca, drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman. Aku yakin ramai yang mengenali beliau kerana baru baru ini drama arahannya Thariq Ridzuwan : His Treasure mendapat perhatian ramai. Selain Thariq Ridzuwan, drama lain seperti Layang Layang Perkahwinan dan Curang Tanpa Niat yang viral di sosial media juga merupakan arahan beliau.

Senarai Pelakon & Watak

Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Impian: Karma dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.

Pelakon & Watak (Jadual)

No. Pelakon Watak
1Tiz ZaqyahLinda
2Che Puan Juliana EvansFasha
3Ezzanie JasnyMimi Monira
4Yuna RahimShasha
5Adriana AdnanDiana
6Sharifah HaneesyaNana
7Dottie Mimi Monira
8Syazwan RazakPaie
9Lorenzo IrmannFahrin
10Jay IskandarQamil
11Aniq Suhair-
12Nas-T-

BERITA TERKINI: Drama Baru TV3 Lakonan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong Akan Datang Oktober 2025

Info Ringkas Tentang Drama Impiana: Karma

  • Tajuk Drama: Impiana: Karma
  • Saluran: Astro
  • Tarikh Tayangan: Bermula 19 November 2025
  • Waktu Tayangan: Setiap hari Rabu dan Khamis, Jam 9:00 Malam
  • Pengarah: Eyra Rahman
  • Terbitan: Zeel Production Sdn Bhd

BERITA TERKINI: Rita Nadira Kembali Dengan Drama Baru TV3 Dhia Kasyrani!

Sinopsis Drama Impiana: Karma

Selepas 10 tahun berpisah, sekumpulan bekas kawan sekolah bertemu kembali. Pertemuan tersebut melibatkan satu syarikat misteri yang menjanjikan kejayaan dan impian tetapi apabila impian tersebut mula direalisasikan terdapat pengorbanan dan harga yang perlu dibayar.

Info Tambahan

Dari sinopsis ringkas ini aku rasa drama impiana: Karma ada potensi yang besar untuk digemari oleh penonton drama diluar sana. Aku harap drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat drama melayu pada tahun 2025!

Menurut laman sesawang Astro Malaysia Holding Berhad, drama Impiana: Karma adalah hadiah istimewa Astro buat penonton sempena penutup tahun 2025. Selain drama ini, korang juga akan disajikan dengan drama Bahagia Yang Tertangguh arahan Osman Ali.

Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.

LihatTutupKomentar