Lirik Lagu Haruman Terindah - PU Lokman Naufal

lirik lagu Haruman Terindah, lagu nasyid best 2023, lirik lagu pu lokman naufal Haruman Terindah, lagu viral Haruman Terindah
Lirik Lagu Haruman Terindah - PU Lokman Naufal | Untuk segmen lirik lagu kali nih aku nak share lirik lagu yang viral dan trending! Salah satu lagu yang tengah trending sekarang adalah lagu Haruman Terindah yang dinyanyikan oleh PU Lokman Naufal.

Untuk pengetahuan korang, lagu Haruman Terindah ini dicipta dan ditulis oleh Encik Mimpi. Pada 30 Ogos 2023 yang lepas, MVM Music memuatnaik Official Lirik Video lagu Haruman Terindah dan sehingga hari ini video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 300,000. 

Sebenarnya lagu ini dah keluar 2 tahun lepas dan MV pun mencecah 2 Juta tontonan tapi nampaknya sekarang viral balik.

Poster Lagu Haruman Terindah Lokman Naufal

Lirik Lagu Haruman Terindah - PU Lokman Naufal

Terlena Sudah 
Ketika Dibuai Cinta
Hilang Tenggelam 
Dimamah Waktu Yang Mencengkam 

Kasihku Padamu 
Takkan Sedikit Pun Terpadam 
Dilimpahi Hujan 
Dilanda Mentari Aku Tetap Ada 

Redupnya Jiwa 
Memandang Warkahmu Oh Cinta 
Terasa Bagai Ku Mampu Hidup Selamanya 
Rinduku Padamu 
Akan Ku Sirami Benihnya 
Agar Tetap Tumbuh Membunga 
Mewangi Haruman Terindah 

Walau mungkin 
Ditimpa Tengkujuh 
Cuba Merosakkan Tanahnya 
Walau Kemarau Menimpa 
Cuba Mengeringkan Daunnya 
Namun Percayalah Kasih 
Yang Selain Tuhan
Tak Ada Yang Mampu Merampasnya 

Walau mungkin 
Di Suatu Hari 
Kan Mulai Berubah Warnanya 
Cinta Yang Terus Setia 
Kan Mencari Cara Mendebunya 
Hingga Ke Akhirnya Waktu 
Kau Genggam Tanganku 
Menuju Kita Ke Syurga 

Walau Mungkin 
Ditimpa Tengkujuh 
Cuba Merosakkan Tanahnya 
Walau Kemarau Menimpa 
Cuba Mengeringkan Daunnya 
Namun Percayalah Kasih 
Yang Selain Tuhan
Tak Ada Yang Mampu Merampasnya 

Walau mungkin 
Di Suatu Hari 
Kan Mulai Berubah Warnanya 
Cinta Yang Terus Setia 
Kan Mencari Cara Mendebunya 
Hingga Ke Akhirnya Waktu 
Kau Genggam Tanganku 
Menuju Kita Ke Syurga 
Kenapa lagu nih boleh viral balik? Itu korang kena pergi youtube pastuh baca komen dekat video sebab aku tak nak cerita sini haha. Apa pun lagu ketuhanan atau nasyid macam nih dah jarang kita dengar sekarang kan. Bukan tak ada tapi jarang! Kalau dulu lagu nasyid memang popular dikalangan remaja. 
LihatTutupKomentar