Lirik Lagu Lafaz Yang Tersimpan 2.0 - UNIC

Lirik lagu Lafaz Yang Tersimpan 2.0 UNIC, lagu baru UNIC, Lagu baru best 2023, lagu best, lagu melayu baru 2023,
Lirik Lagu Lafaz Yang Tersimpan 2.0 - UNIC | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu dari UNIC yang bertajuk Lafaz Yang Tersimpan 2.0. Kalau korang peminat lagu lagu nasyid aku yakin korang familiar dengan UNIC dan lagu Lafaz Yang Tersimpan yang pernah dikeluarkan bertahun lama. Sekarang lagu tersebut kembali dengan versi yang baru dari mereka. 

Untuk pengetahuan korang semua, Komposer dan penulis lirik untuk lagu Lafaz Yang Tersimpan 2.0 nyanyian UNIC adalah Saiful Mestica dan Atie.Music Video untuk lagu Lafaz Yang Tersimpan 2.0 sudah pun dimuatnaik menerusi youtube channel UNIC. Korang yang nak tengok MV boleh ke sana. 

Buat pengguna Spotify pula, korang boleh dengar lagu Penawar Kita dekat sana dan kalau korang nak nyanyi sama sama boleh tengok lirik yang aku kongsikan dekat bawah.


Lirik Lagu Lafaz Yang Tersimpan 2.0 - UNIC

Luluh Hatiku Yang Sayu
Menatap Wajahmu Tenang Dalam Lena
Kasihku Zahirkan Laku
Sedangkan Bibirku Jauh Dari Lafaznya

Dan Raut Wajahmu Membekas Jiwaku
Meredakan Rindu Mendamaikan Kalbu
Tak Mungkin Kutemu Iras Sentuhanmu
Biarpun Ku Redah Seluruh Dunia
Mencari Gantimu

Betapa Sukarnya Menyusun Bicara
Meluahkan Rasa Menuturkan Sayang
Kasih Yang Terlimpah
Hanyalah Sekadar Tingkah
Cumalah Ungkapan Kebisuan Yang
Melindungkan Kalimah Rahsia

Kubiarkan Waktu 
Melarikan Lafaz Kasihku Padamu

Mengapakah Sukar Menyusun Bicara
Meluahkan Rasa Menuturkan Sayang
Kasih Yang Terlimpah
Hanyalah Sekadar Tingkah
Cumalah Ungkapan Kebisuan Yang
Melindungkan Kalimah Rahsia

Apakah Yang Hilang Andai Dilisankan
Bait Penghargaan Penuh Kejujuran
Tak Mungkin Terlihat Cinta Yang merona
Jika Hanya Renungan Mata Yang Bersuara
Bukan Atur Kata

Tiada Lagi Ertinya Pengucapan
Andai Akhir Nafas Di Hujung Helaan
Sebelum Mata Rapat Terpejam
Usah Biar Kehilangan
Mengantikan Lafaz Yang Tersimpan 
Nostalgia betul lagu Lafaz Yang Tersimpan ini. Kalau tak silap aku lagu ini dikeluarka pada tahun 2007. Kalau nak bercerita pasal UNIC ini memang agak panjang sebab ahli kumpulan ada yang keluar masuk dan kini ahli Kumpulan UNIC ada tiga orang sahaja. 

LihatTutupKomentar