Girl Group Baru YG Entertainment, Babymonster Sah Debut 27 November 2023!

babymonster debut date, tarikh debut babymonster, girl group baru YG Entertainment,
Girl Group Baru YG Entertainment, Babymonster Bakal Debut November 2023! | Selepas sekian lama menunggu, Peminat Babymonster boleh menghela nafas lega kerana girl group baru dari YG Entertainment yang dianggotai oleh tujuh gadis muda dan berbakat ini akan debut pada bulan ini tepatnya pada 27 November 2023. Tujuh anggota Babymonster yang dimaksudkan adalah Asa, Haram, Chiquita, Pharita, Ruka, Rora dan juga Ahyeon


Pada 10 Oktober 2023, YG Entertainment berkongsi satu poster di sosial media bagi mengumumkan bahawa Babymonster akan debut tetapi masih belum ada tarikh yang tepat lagi dan beberapa minggu selepas itu satu lagi poster telah dimuatnaik. Dalam gambar tersebut disertakan sekali dengan tarikh debut, 27 November 2023 0AM KST.

Dalam gambar tersebut juga kita boleh nampak latarbelakang gambar seolah olah seperti tar jalan berwarna hitam bersama jalur merah berbentuk V. Pada 12 November 2023 pula satu video dengan judul BABYMONSTER - VISUAL FILM | CHIQUITA berdurasi 18 Saat telah dimuatnaik menerusi youtube channel Babymonster. 

Tak sabar rasanya untuk melihat sendiri bagaimana komen dan feedback dari peminat selepas mereka debut. Adakah penantian yang cukup lama ini berbaloi? Jom sama sama kita tunggu 27 November 2023 dan tonton sendiri lagu debut mereka yang masih belum diumumkan judulnya. 

LihatTutupKomentar