Lirik Lagu Sudah - Ara Johari

Lirik lagu Sudah Ara Johari, lagu baru Ara Johari, Lagu baru best 2023, lagu best 2023, lagu melayu baru 2023
Lirik Lagu Sudah - Ara Johari | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Ara Johari yang bertajuk Sudah. Kali ini Ara Johari kembali dengan lagu baru selepas lagu Pasti Tiba kalau tak silap akulah sebabnya dah lama sangat tak dengar lagu dari Ara Johari. Lagu raya tuh tak kiralah eh hehe.

Untuk pengetahuan korang semua, Komposer untuk lagu Sudah adalah Laq dan Hang Nadim. Manakala lirik pula ditulis Bulan Penuh. Lagu ini dikeluarkan di Spotify pada 22 September 2023. Buat masa ini masih belum ada lagi Official Music Video tapi kalau korang nak nyanyi sama sama boleh tengok lirik dekat bawah ya. 

Poster Lagu Sudah Ara Johari

Lirik Lagu Sudah - Ara Johari 

Mengapa Tak Selalu Kau Cuba
Adakah Aku Telah Bersalah
Kekasih Siapa Dihatimu 
Tiada Sikit Ruang Untukku

Selama Ini Kau Mainkan 
Perasaan Hati Suci 
Hanyalah Ikhlas Padamu 
Demi Nyawa Ini Ku Taruhkan 

Bertahun Lama Sudah 
Kita Jalani Cinta Ini
Dilambung Dengan Angan Indah
Dihempas Dengan Kata Dusta

Bertahun Lama Sudah
Kita Jalani Cinta Ini
Selamanya Ku Masih Setia
Akhirnya Kau Lerai Segala

Kekasih Siapa Dihatimu 
Tiada Sikit Ruang Untukku
Selama Ini Kau Mainkan 
Perasaan Hati Suci 
Hanyalah Ikhlas Padamu 
Demi Nyawa Ini Ku Taruhkan 

Bertahun Lama Sudah 
Kita Jalani Cinta Ini
Dilambung Dengan Angan Indah
Dihempas Dengan Kata Dusta

Bertahun Lama Sudah
Kita Jalani Cinta Ini
Dilambung Dengan Angan Indah
Dihempas Dengan Kata Dusta

Bertahun Lama Sudah
Kita Jalani Cinta Ini
Selamanya Ku Masih Setia
Akhirnya Kau Lerai Segala

Bertahun Lama Sudah
Kita Jalani Cinta Ini
Selamanya Ku Masih Setia
Akhirnya Kau Lerai Segala
Fuyoo! Memang stock stock lagu karaoke nih mat. Kalau kau baru putus cinta kena tinggal dekat highway nyanyilah lagu nih mesti menusuk dalam hati tuh hehe. Lagu lagu Ara Johari nih kebanyakannya sedap jer. Lagu Pasti Tiba pun best tapi tak tahu kenapa views dekat youtube tak banyak. 
LihatTutupKomentar