Drama Jika Itu Salahku

Dapatkan info lengkap drama melayu baru Jika Itu Salahku Di TV3 termasuk senarai pelakon, watak, sinopsis dan lain lain

Jika Itu Salahku adalah sebuah drama Melayu terbaru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Lestary pada setiap hari Jumaat hingga Sabtu jam 9:00 malam bermula 17 Oktober 2025.

Untuk pengetahuan semua, Jika itu Salahku merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Liza Nur dengan tajuk Bukan Salahku.

BERITA TERKINI: Fasha Sandha Kembali Dengan Drama Baru Di Astro bertajuk Dzikir Bersama Fikry Ibrahim, Keith Foo dan ramai lagi!

Jangan bimbang sekiranya tidak sempat menonton di kaca TV sebab Korang boleh strim drama ini di laman sesawang atau aplikasi TONTON bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada! Jadi korang tidak akan terlepas mana-mana episod yang best.

Info Lengkap Drama Jika Itu Salahku Di TV3

Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Alvin Chong, Sophia Albarakbah dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.


Poster Pelakon Drama Jika Itu Salahku Alvin Chong dan Sophia Albarakbah

Untuk senarai penuh pelakon dan watak dalam Jika Itu Salahku, korang boleh rujuk jadual di bawah:

Senarai Pelakon & Watak
No. Pelakon Watak
1Alvin ChongIvan
2Sophia AlbarakbahAsh
3Iman NasuhaZara
4Adam MalekZad
5Fadilah MansorMak Tok
6Zaleha Iman-
7Saidah Kamarudin-

*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Info Ringkas Tentang Drama Jika Itu Salahku

  • Tajuk Drama: Jika Itu Salahku
  • Saluran: TV3
  • Tarikh Tayangan: Bermula 17 Oktober 2025
  • Waktu Tayangan: Jumaat dan Sabtu, 9:00 Malam
  • Pengarah: Riza Baharudin
  • Terbitan: Global Station Sdn Bhd

BERITA TERKINI: Rita Nadira Kembali Dengan Drama Baru TV3 Dhia Kasyrani!

Sinopsis Drama Jika Itu Salahku

Drama ini mengisahkan tentang Asyiqeen yang membawa diri ke luar negara pulang ke tanah air disebabkan oleh wasiat terakhir sahabat lama yang menjadikan dia sebagai penjaga kanak kanak berusia enam tahun bernama Adib. Hal ini membuatkan Asyiqeen berada di dalam situasi yang sukar dan pada masa yang sama dia bertemu kembali dengan Ivan yang pernah kenal sebelum ini.

LihatTutupKomentar