Senarai Filem Melayu Baru Di Pawagam Oktober 2025
Khas buat peminat filem Melayu, korang boleh teruskan membaca artikel ini sampai habis sebab admin akan kongsikan dengan semua pembaca tentang filem Melayu terbaru yang akan disiarkan di pawagam pada bulan oktober 2025.
Abu Si Raksasa, Tembuni Berdarah dan Pejam adalah tiga buah filem melayu yang telah ditayangkan di pawagam pada bulan September 2025. Macam mana pula dengan bulan ini, Oktober 2025? Jom admin kongsikan.
Pada bulan Oktober, kita akan dimeriahkan dengan beberapa filem Melayu yang mungkin akan menarik perhatian korang. 3 Hajat, Badak, Qifarah dan Syurga Dalam Botol menjadi taruhan untuk bulan ini. Sekiranya ada penambahan, admin akan masukkan filem tersebut ke dalam senarai di bawah untuk rujukan semua pembaca.
1. 3 Hajat
3 Hajat merupakan sebuah filem arahan Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh KRU Studios. Filem yang penuh emosi ini menampilkan ramai pelakon, antaranya Eman Manan, Amerul Affendi dan ramai lagi.
Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 02 Oktober 2025. Untuk trailer filem, boleh ke TGV Cinemas. [Klik Untuk Info Lengkap Filem Ini]
2. Badak
Badak diarahkan oleh M. Raihan Halim dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Aida Amron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Tayangan pawagam bermula 02 Oktober 2025. Trailer boleh ditonton di TGV Cinemas. [Klik Untuk Info Lengkap Filem Ini]
3. Qifarah
Filem ini arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Remy Ishak, Rita Nadira, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Tayangan bermula 09 Oktober 2025. Trailer boleh ditonton di Primeworks Studios - Film. [Klik Untuk Info Lengkap Filem Ini]
4. Syurga Dalam Botol
Filem arahan Ebi Kornelis ini dilakonkan oleh Kenneth Torrecampo Oliver, Shairzan Tahir, Abdul Kamd Sainali dan ramai lagi. Tayangan filem ini bermula pada 09 Oktober 2025. Trailer boleh ditonton di Filmos Studios. [Klik Untuk Info Lengkap Filem Ini]
Senarai Filem Melayu Oktober 2025
No. | Tajuk Filem | Genre | Bahasa | Tayangan |
---|---|---|---|---|
1 | 3 Hajat | Drama | Melayu | 02 Oktober 2025 |
2 | Badak | Drama | Melayu | 02 Oktober 2025 |
3 | Qifarah | Horror | Melayu | 09 Oktober 2025 |
4 | Syurga Dalam Botol | Drama | Melayu | 09 Oktober 2025 |
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi dan mungkin berubah mengikut tayangan rasmi pawagam di Malaysia.
Berikut adalah senarai filem Melayu yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Oktober 2025. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua pembaca, terutama peminat dan penyokong filem Melayu kita.