Filem Banduan

Info lengkap termasuk sinopsis, pelakon, pengarah dan penerbit filem Banduan yang ditayangkan di pawagam Malaysia bermula Oktober 2025

Satu lagi filem melayu baru yang akan menemui penonton di layar perak adalah filem Banduan yang dibintangi oleh ramai pelakon hebat dalam industri. Filem bergenre aksi ini akan ditayangkan bermula 06 November 2025.

BERITA TERKINI: Senarai Penuh Filem Melayu Di Pawagam Tahun 2025

Info Lengkap Filem Banduan Di Pawagam 

Pernah mengarahkan filem War On Terror : KL Anarki sebelum ini, Kroll Azry kembali lagi ke layar perak dengan filem arahan terbarunya, Banduan. Dengan menampikan ramai pelakon hebat tanah air seperti Rosyam Nor, Adlin Aman Ramlie dan Aaron Aziz, aku harap filem ini akan berjaya menambat hati peminat diluar sana. 

Poster Filem Banduan 2025 yang menunjukkan beberapa orang pelakon seperti Rosyam Noor dan Aaron Aziz sebagai pelakon utama

Untuk pengetahuan semua, filem Banduan diterbitkan oleh Astro Shaw. Filem terbitan Astro Shaw selalunya mendapat tempat dihati penggemar filem melayu diluar sana. Antara filem melayu yang telah berjaya sebelum ini adalah Polis Evo, Abang Long Fadil, Pusaka dan banyak lagi.

Senarai Pelakon & Watak

Berikut adalah senarai pelakon dalam filem Banduan dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.

Pelakon & Watak (Jadual)

No. Pelakon Watak
1Rosyam NorInspektor Johari
2Aaron AzizDali
3Afdlin ShaukiSarjan Yahya
4Fadhli MasootKoboi
5Abi MadyanRejab
6Amis NafisFarid
7Hawra JamalullailHana
8Meynillen Thamil SelvanNaga
9SasidaranSarjan Devan
10Adlin Aman Ramlie-
11Hushairi Husain-
12Esma Daniel-
13Shashi Tharan-
14Dayang Areeda-
15Zairi Aziz-
16Joshua Areeda-

*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Info Ringkas Tentang Filem Banduan

  • Tajuk Filem: Banduan
  • Saluran: Pawagam Malaysia
  • Tarikh Tayangan: Bermula 06 November 2025
  • Waktu Tayangan: -
  • Pengarah: Kroll Azry
  • Terbitan: Astro Shaw

BERITA TERKINI: Rita Nadira Kembali Dengan Drama Baru TV3 Dhia Kasyrani!

Sinopsis Filem Banduan

Ketua gangster yang dikenali dengan nama Rejab menyerang balai polis untuk membebaskan abangnya Azarudin dan pada masa yang sama Inspektor Johari pula menjadi sasaran balas dendam. Dia cuba untuk menyelamatkan rakan rakan anggota polis yang lain. 

Dalam keadaan yang sulit itu Inspektor Johari terpaksa bekerjasama dengan Dali yang merupakan bekas banduan. 

Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.

LihatTutupKomentar