Drama Setiaku Berdiri
Jom tonton drama melayu terbaru bertajuk Setiaku Berdiri yang akan menemui peminat di kaca televisyen tidak lama lagi. Bila agaknya drama ini akan ditayangkan? Untuk pengetahuan semua, Drama ini bakal ditayangkan di Astro pada setiap hari isnin hingga jumaat, jam 6:00 petang bermula 15 disember 2025.
Sekiranya tidak sempat menonton di rumah, korang boleh strim drama yang best ini di laman sesawang atau aplikasi Astro GO. Selain itu, Setiaku Berdiri turut disiarkan di aplikasi Sooka. Buat penggemar drama melayu yang belum mempunyai akaun Sooka dan Astro GO, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama terkini.
Info Lengkap Drama Setiaku Berdiri
Siapakah pelakon yang akan membintangi drama ini?
Drama Setiaku Berdiri dibintangi oleh beberapa orang pelakon hebat dalam industri dan antaranya adalah Wanna Ali, Nazrief Nazri dan Sweet Qismina. Korang tahu kan Sweet Qismina baru baru ini telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik FFM34 dan Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ASEAN International Film Festivel & Awards 2025 (AIFFA 2025) menewaskan empat calon lain dari negara Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Tahun yang sangat baik untuk beliau dan kali ini Sweet Qismina kembali memeriahkan industri dengan drama Setiaku Berdiri. Selain tiga nama hebat yang disebut diatas, drama ini turut dilakonkan oleh Syamim Farid, Ali Reza, Khatijah Tan dan ramai lagi.
Drama yang penuh dengan emosi ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Kalau korang pernah tengok drama popular Dia Bukan Syurga sebelum ini mesti korang tak sabar nak tengok drama ini sebab ia diarahkan oleh pengarah yang sama.
Senarai Pelakon & Watak
Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Setiaku Berdiri dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.
| No. | Pelakon | Watak |
|---|---|---|
| 1 | Wanna Ali | Zulaikha |
| 2 | Nazrief Nazri | Kamal |
| 3 | Sweet Qismina | Marissa |
| 4 | Syamim Frieda | Mimi |
| 5 | Ali Reza | Zarif |
| 6 | Khatijah Tan | Habsah |
| 7 | Azhar Amir | Dato Harun |
| 8 | Kuza | Mak Wok |
| 9 | Rasya Dean | Dina |
| 10 | Ezaidi Aziz | Hassan |
| 11 | Aidit Noh | - |
| 12 | - | - |
BERITA TERKINI: Drama Baru Yang Mengenengahkan Elemen AI lakonan Siti Hariessa dan Zarif Ghazzi
Info Ringkas Tentang Drama Setiaku Berdiri
- Tajuk Drama: Setiaku Berdiri
- Saluran: Astro
- Tarikh Tayangan: Bermula 15 Disember 2025
- Waktu Tayangan: Setiap hari isnin hingga jumaat, Jam 6:00 petang
- Pengarah: Rashid Sibir
- Terbitan: Radius One Sdn Bhd
BERITA TERKINI: Selepas 10 Tahun Berpisah Mereka Bertemu Kembali! Saksikan Impiana: Karma November 2025
Sinopsis Drama Setiaku Berdiri
Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.
