Drama Perempuan Tak Ternikah
Jangan lupa tonton drama melayu terbaru bertajuk Perempuan Tak Ternikah yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7:00 malam bermula 17 Disember 2025.
Jangan risau jika korang tidak sempat menonton di kaca TV kerana drama ini boleh di strim dengan melayari laman sesawang dan aplikasi TONTON pada bila bila masa dan dimana sahaja korang berada.
Buat pembaca yang belum lagi mempunyai akaun TONTON, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton Perempuan Tak Ternikah.
Info Lengkap Drama Perempuan Tak Ternikah
Untuk pengetahuan semua, drama Perempuan Tak Ternikah diinspirasikan daripada e-novel karya Bunga Emmly yang bertajuk Perempuan Tak Ternikahi.
Drama melayu yang menarik ini akan dibintangi oleh Siti Elizad Sharifuddin, seorang pelakon wanita yang sangat berbakat dan pernah membintangi beberapa drama popular sebelum ini seperti Berbahagi Suami, Mentua dan banyak lagi.
Selain Siti Elizad, drama ini turut dilakonkan oleh Ali Reza, Shahz Jaszle, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.
Drama Perempuan Tak Ternikah diarahkan oleh Eoon Shuhaini, seorang pengarah yang popular dengan drama Dulu Dollah Daebak, Obsesi Dia, Hai Cinta Dengarkanlah dan banyak lagi. Drama ini diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Salah satu drama terbitan mereka yang popular baru baru ini adalah Bintang Di Langit Syawal.
Senarai Pelakon Dan Watak
Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Perempuan Tak Ternikah dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.
| No. | Pelakon | Watak |
|---|---|---|
| 1 | Siti Elizad Sharifuddin | Keisha/Riana |
| 2 | Ali Reza | Adli |
| 3 | Shahz Jaszle | - |
| 4 | Yusuf Bahrain | - |
| 5 | Anne Abdullah | - |
| 6 | Laila Nasir | - |
| 7 | Kazar | - |
| 8 | Apich Lo | - |
| 9 | Raden Zaharatul | - |
| 10 | Sharifah Shahora | - |
| 11 | Rahhim Omar | - |
| 12 | Dalimawati | - |
BERITA TERKINI: Sweet Qismina Pemenang Anugerah AIFFA 2025 Dan FFM34 kembali Dengan Drama Baru Di ASTRO
Info Ringkas Tentang Drama Perempuan Tak Ternikah
- Tajuk Drama: Perempuan Tak Ternikah
- Saluran: TV3
- Tarikh Tayangan: Bermula 17 Disember 2025
- Waktu Tayangan: Setiap hari isnin hingga jumaat, Jam 7:00 malam
- Pengarah: Eoon Suhaini
- Terbitan: Sha's Media Sdn Bhd
BERITA TERKINI: Drama Baru Lakonan Zarif Ghazzi Dan Siti Hariessa Ada Elemen AI?
Sinopsis Drama Perempuan Tak Ternikah
Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang kehilangan anaknya selepas dilahirkan dan pada masa yang sama dia dikhianati oleh orang terdekat. Hidup Keisya sangat menyedihkan namun pertemuannya dengan Ringgo mengubah segalanya. Keisya cuba bangkit kembali tetapi kali ini sebagai wanita bernama Riana.
Apa yang akan berlaku selepas itu? Adakah membalas dendam yang Rania cari? sama sama kita saksikan perjalanan hidup Keisya/Rania dalam drama terbaru Perempuan Tak Ternikah yang akan mula disiarkan pada 17 disember 2025.
