Drama Toksik Cinta

Info lengkap Pelakon, Pengarah, Sinopsis drama bersiri Toksik Cinta yang akan tayang di TONTON

Bermula 27 Oktober 2025, drama melayu baru bertajuk Toksik Cinta akan ditayangkan secara Ekslusif menerusi salah satu platform penstriman yang terkenal di Malaysia iaitu TONTON pada setiap hari isnin hingga khamis.

Buat pembaca yang belum lagi mempunyai akaun TONTON, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama Toksik Cinta yang akan datang.

Info Lengkap Drama Toksik Cinta

Expectation aku sebagai seorang penonton drama agak tinggi bila dapat tahu skrip drama ini ditulis oleh Erma Fatima dan diarahkan oleh Pali Yahya yang pernah menjayakan banyak drama kegemaran ramai seperti Rindu Kasih, Bidaah, Teratak Kasih Salina dan banyak lagi. 

Drama Toksik Cinta akan dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Riena Diana, Aqasha, Izzue Islam, Keith Foo dan ramai lagi. 

Poster Drama Toksik Cinta yang menampilkan gambar Riena Diana Sebagai Watak dalam drama ini
Drama Toksik Cinta

Untuk pengetahuan semua, drama 30 episod ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra. Syarikat penerbitan ini pernah menerbitkan banyak drama popular yang korang pernah tonton sebelum ini seperti Keluarga Itu, Terlanjur Cinta, Perempuan Itu dan lain lain.

Senarai Pelakon & Watak

Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Toksik Cinta dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.

Pelakon & Watak (Jadual)

No. Pelakon Watak
1Riena DianaKarmila
2Keith FooAmsyar
3AqashaAlfi
4Ruzana IbrahimAnggun
5Cristine SuzanneFarhana
6Izzue Islam-
7Tony Eusoff-
8Esma Daniel-

*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

BERITA TERKINI: Drama Baru TV3 Lakonan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong Akan Datang Oktober 2025

Info Ringkas Tentang Drama Toksik Cinta

  • Tajuk Drama: Toksik Cinta
  • Saluran: TONTON
  • Tarikh Tayangan: Bermula 27 Oktober 2025
  • Waktu Tayangan: -
  • Pengarah: Pali Yahya
  • Terbitan: Rumah Karya Citra

BERITA TERKINI: Rita Nadira Kembali Dengan Drama Baru TV3 Dhia Kasyrani!

Sinopsis Drama Toksik Cinta

Drama ini mengisahkan kisah seorang wanita bernama Karmila yang merupakan seorang pempengaruh dan pelakon. Sewaktu sedang meningkat naik dalam industri, dia berkahwin dengan seorang pengarah terkenal bernama Alfi. Perkahwinan mereka dilanda dugaan sehingga membuatkan Karmila menfailkan penceraian dengan bantuan Amsyar yang merupakan seorang peguam. Drama bermula apabila pelbagai kisah sebenar dan rahsia mula terbongkar.

Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.

LihatTutupKomentar