Drama Seoul Cinta

Drama Seoul Cinta TV3. Dapatkan info lengkap termasuk senarai penuh pelakon, sinopsis drama dan tarikh tayangan dalam artikel ini!

Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi adalah Seoul Cinta. Drama ini akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7:00 malam bermula 31 Oktober 2025.

Jangan bimbang sekiranya tidak sempat menonton di kaca TV sebab Korang boleh strim drama ini di laman sesawang atau aplikasi TONTON bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada! Jadi korang tidak akan terlepas mana-mana episod yang best.

Info Lengkap Drama Seoul Cinta Di TV3

Drama arahan Nizam Zakaria ini dilakonkan oleh Fitri Farok, Siti Khadijah Halim, Cahaya Nilam, Muaz Zubir dan ramai lagi. Barisan pelakon yang agak menarik untuk kita tonton lebih lebih lagi Fitri Farok yang merupakan Naib Juara Hero Remaja 2023. Sebelum ini Fitri Farok pernah memegang watak sebagai Cikgu Adam dalam drama Cikgu Diva.

Poster gambar 4 orang pelakon utama dalam drama tv3 Seoul Cinta

Untuk pengetahuan korang, drama Seoul Cinta diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Syarikat penerbitan ini pernah menerbitkan banyak drama popular sebelum ini seperti Seindah Hujan Cinta, Dzikir, Hawt Fellas dan lain lain.

Senarai Pelakon & Watak

Berikut adalah senarai pelakon dalam drama Seoul Cinta dan watak watak yang dibawakan oleh mereka.

Pelakon & Watak (Jadual)

No. Pelakon Watak
1Fitri FarokDaniel Khalil
2Siti Khadijah HalimAzra Sofea
3Cahaya NilamRaisha
4Muaz ZabirLukman
5Haidar HasanudinJoe
6Ryliana AzizanSarah
7Marc SyahmieAdam
8Zarina Zainuddin-
9Anne Abdullah-

*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

BERITA TERKINI: Ahli Kumpulan Alpha Dalam Drama Baru VIU bersama Erysha Emyra

Info Ringkas Tentang Drama Seoul Cinta

  • Tajuk Drama: Seoul Cinta
  • Saluran: TV3
  • Tarikh Tayangan: -
  • Waktu Tayangan: -
  • Pengarah: Nizam Zakaria
  • Terbitan: Country & Universal Sdn Bhd

BERITA TERKINI: Drama Lakonan Alvin Chong Dan Sophia Albarakbah Akan Tayang Tidak Lama Lagi

Sinopsis Drama Seoul Cinta

Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat rasmi dan siaran terbaru.

LihatTutupKomentar