Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Januari 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Januari 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Januari 2024 | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Januari 2024. 

Baca Juga : Senarai Penuh Filem Baru Tayang Januari 2024

Ini adalah permulaan untuk tahun 2024 yang agak bagus jugalah sebenarnya sebab ada beberapa filem melayu menarik yang korang boleh tonton di panggung wayang. 


Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan Januari 2024 adalah Pendekar Awang : Darah Indera Gajah, Anak Perjanjian Syaitan 2 dan juga Jiwa 8 Belas. Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 


Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Januari 2024

  • Anak Perjanjian Syaitan 2

Anak Perjanjian Syaitan 2 merupakan filem arahan Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Studio. Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 menampilkan beberapa orang pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Alif Satar, Eyka Farhana dan ramai lagi.


Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 4 Januari 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Anak Perjanjian Syaitan 2 boleh ke youtube channel Primeworks Studios. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Filem arahan arahan (masih lagi dirahsiakan) ini diterajui oleh Fattah Amin yang memegang watak Pendekar awang dan terdapat banyak lagi pelakon pelakon lain yang terlibat seperti fazura, Tissa Baini, Heliza Helmi, Mawi, Faizal Tahir dan ramai lagi.  


Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Januari 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah boleh ke youtube channel Studio Kembara. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Jiwa 8 Belas

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Januari 2024 adalah Jiwa 8 Belas. Filem arahan S. Baldev Singh ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Sophia Albarakbah, Shah Hazvee, Dato Jalaluddin Hassan, A. Galak dan ramai lagi.


Filem Jiwa 8 Belas akan mula ditayangkan di pawagam bermula 18 Januari 2024. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel whitemerpatimovies. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Banglo Seksyen 12

Filem arahan Dharma Nasution dan Intan Ladyana ini dilakonkan oleh Intan Ladyana sendiri, Aniq Suhair, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan penerjah aktiviti paranormal di sebuah banglo seram yang pernah berlaku tragedi pembunuhan 6 orang remaja 15 tahun lalu.


Filem Banglo Seksyen 12 akan mula ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem Banglo Seksyen 12 boleh ke youtube channel xxxx. 
No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Anak Perjanjian Syaitan 2
SeramMelayu 04 Januari 2024
2Pendekar Awang : Darah Indera GajahAksiMelayu11 Januari 2024
3Jiwa 8 BelasAksiMelayu18 Januari 2024
4
Banglo Seksyen 12
SeramMelayu25 Januari 2024
5
-
---
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Januari 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar