Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan Januari 2024

Filem baru di pawagam 2024, filem best di pawagam 2024, movie baru di pawagam bulan Januari 2024, movie Januari 2024, cerita baru 2024,
Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan Januari 2024 | Pada bulan lepas iaitu Disember 2023, kita dimeriahkan dengan beberapa filem melayu yang menarik dan best untuk ditonton contohnya Syaitan Munafik, Syif Malam dan The Lord Musang King tetapi macam mana pula untuk bulan Januari 2024?


Ada ke filem melayu yang akan ditayangkan pada bulan Januari 2024? Mestilah ada! Antara yang korang boleh tonton di pawagam akan datang adalah Pendekar Awang Darah Indera Gajah, Jiwa 8 Belas dan juga Anak Perjanjian Syaitan 2


Selain filem melayu, kita juga akan dihidangkan dengan beberapa filem dari negara jiran Indonesia yang menarik dan best untuk ditonton contohnya Siksa Neraka, Pertualangan Sherina 2, Budi Pekerti, Indigo dan 172 days tetapi kadang kadang tarikh tayangan akan berubah (Jangan risau sebab aku akan cuba update secepat mungkin kalau ada perubahan ya).


Seperti biasa, akan ada filem filem dari luar negara berbahasa inggeris disiarkan di pawagam tetapi buat masa sekarang masih belum ada lagi senarai filem inggeris dalam senarai. Kalau ada nanti aku akan kemaskini dari semasa ke semasa. Sama juga dengan filem dari negara lain seperti thailand dan korea. 

Kalau korang nak tengok filem apa lagi yang akan ditayangkan pada bulan Januari 2024 boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dekat bawah. Menerusi jadual dibawah korang boleh dapatkan tajuk, bahasa, genre dan juga tarikh tayangan.

Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan Januari 2024

No. Tajuk Filem GenreBahasa Tayangan
1
Siksa Neraka
HorrorIndonesia 04 Januari 2024
2 Anak Perjanjian Syaitan 2 Horror Malay 04 Januari 2024
2 Pendekar Awang : Darah Indera Gajah Action/Epic Malay 11 Januari 2024
3Pertualangan Sherina 2 Adventure/Comedy/Musical Indonesia 11 Januari 2024
4
Lal Salaam
Drama/Sports Tamil 12 Januari 2024
5 Jiwa 8 Belas Action Malay 18 Januari 2024
6 Indigo Horror Indonesia 18 Januari 2024
7 I Did It My Way Action/Crime/Thriller Cantonese 18 Januari 2024
8 Captain Miller Action/Adventure Tamil 18 Januari 2024
9
Budi Pekerti
Drama Indonesia 18 Januari 2024
10
Ancika : Dia Yang Bersamaku 1995
Drama/Romance Indonesia 25 Januari 2024
11 172 Days Drama/Romance Indonesia 25 Januari 2024
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.
LihatTutupKomentar