Lirik Lagu Murka atau Cinta - Puteri Khareeza (OST Filem Anak Perjanjian Syaitan 2)

Lirik lagu Murka Atau CInta Puteri Khareeza, Lagu baru best 2023, lagu best 2023, lagu, melayu baru 2023,
Lirik Lagu Murka atau Cinta - Puteri Khareeza (OST Filem Anak Perjanjian Syaitan 2) | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Puteri Khareeza yang bertajuk Murka atau Cinta. Lagu Murka Atau Cinta dari Puteri Khareeza ini dijadikan sebagai Official Soundtrack untuk filem baru tahun 2024 yang bertajuk Anak Perjanjian Syaitan 2.

Baca Juga : Filem Anak Perjanjian Syaitan 2

Untuk pengetahuan korang semua, Komposer dan penulis lirik untuk lagu Murka Atau Cinta nyanyian Puteri Khareeza adalah Amer Munawer Yusoff. Official Muzik Video untuk lagu ini sudah pun dimuatnaik di youtube channel Alternate Records & Talents pada 5 Disember 2023 yang lepas. Jadi korang check it out now! 

Dalam artikel ini aku kongsikan lirik lagu Murka Atau Cinta dari Puteri Khareeza untuk korang yang nak nyanyi sama sama.


Lirik Lagu Murka Atau Cinta - Puteri Khareeza (OST Anak Perjanjian Syaitan 2)

Bila Sampai Waktu Yang Telah Di Janji
Setiap Yang Hidup Pasti Kembali
KepadaNya KepadaNya

Apakah Nanti Jawapan Yang Mampu Kita Beri
Segala NikmatNya Tak Mampu Dapat Kita Dustai
Sesungguhnya Dia Maha Mencintai Setiap HambaNya
Namun Kitalah Yang Memilih Murka Atau Pun CintaNya

Terbukalah Hijab Yang Menutupi
Nyata Dan Benar Untuk Kau Yakini
Kembalilah KepadaNya

Apakah Nanti Jawapan Yang Mampu Kita Beri
Segala NikmatNya Tak Mampu Dapat Kita Dustai
Sesungguhnya Dia Maha Mencintai Setiap HambaNya
Namun Kitalah Yang Memilih Murka Atau Pun CintaNya

Jasad Dan Nyawa Pun Akan Terpisah
Seluruh Angan Dan Nafsu Pun Musnah
Tersedarlah Seluruh Yang Terlena Namun Tak Berguna Lagi

Engkau Menentukan Segalanya
Awal Dan Akhir Hingga Selamanya
Tiada Dayaku Melainkan
Hanya PertolonganMu Oh Tuhan

Apakah Nanti Jawapan Yang Mampu Kita Beri
Segala NikmatNya Tak Mampu Dapat Kita Dustai
Sesungguhnya Dia Maha Mencintai Setiap HambaNya
Namun Kitalah Yang Memilih Murka Atau Pun CintaNya
Waktu awal awal dengar lagu ini aku memang tak perhatikan langsung pun lirik dia tapi bila dah mula tulis lirik ini baru aku perasan yang lirik dia sangat deep dan lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu Ketuhanan la juga kan korang? Mesti sesuai dengan filem Anak Perjanjian Syaitan 2. Jadi tak sabar pula nak tengok. 
LihatTutupKomentar