Lirik Lagu Padam Dan Pergi - Imran Ajmain

Lirik lagu Padam Dan Pergi Imran Ajmain, Lagu baru best 2023, lagu best 2023, lagu, melayu baru 2023,
Lirik Lagu Padam Dan Pergi - Imran Ajmain | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Imran Ajmain yang bertajuk Padam Dan Pergi. Siapa tak kenal dengan Imran Ajmain yang popular dengan lagu Seribu Tahun ini kan. Lama betul rasanya tak dengar lagu baru dari Imran ini tapi sebelum tamatnya tahun 2023 dapat jugalah peminat dengarkan lagu barunya yang berjudul Padam Dan Pergi. 

Untuk pengetahuan korang semua, muzik untuk lagu Padam Dan Pergi nyanyian Imran Ajmain adalah dari Ahmadul Amin dan lirik juga adalah Ahmadul Amin bersama Imran Ajmain sendiri. Official Muzik Video untuk lagu ini masih belum ada lagi. 

Dalam artikel ini aku kongsikan lirik lagu Padam Dan Pergi dari Imran Ajmain untuk korang yang nak nyanyi sama sama.


Lirik Lagu Padam Dan Pergi - Imran Ajmain

Sayangnya 
Warna Sebenarmu
Mula Dari Kuning Emas
Putihnya Awanan Kini Jadi Kelabu

Putus Sudah Layanganmu
Angin Pun Bertukar Arah
Dan Mempelawa Membawaku

Pahit Manis Kasih Bersejarah
Tak Ku Lupa Sifat Baikmu
Namun Janji Tinggallah Kata
Penatku Tunggu

Padam Dan Pergi
Padam Dan Pergi
Padam Dan Pergi
Relaku Mula Hidup Semula Sekali Lagi

Oh Sayang
Jauhnya Perjalanan
Tak Hirau Lagi Pasang Surut
Semuanya Ku Turut
Pulangkanku Semula

Pahit Manis Kasih Bersejarah
Tak Ku Lupa Sifat Baikmu
Namun Janji Tinggallah Kata
Penat Diburu

Padam Dan Pergi
Padam Dan Pergi
Padam Dan Pergi
Relaku Mula Hidup Semula Sekali Lagi

Yang Dah Berlaku
Ku Biarkan Berlabuh
Yang Dah Berlalu
Ku Biarkan Berlalu
Berlaluuuuu Ohhh

Padam Dan Pergi
Padam Dan Pergi
Padam Dan Pergi
Relaku Mula Hidupku Semula Sekali Lagi
Sejujurnya selepas beberapa kali dengar aku masih belum vibes lagi dengan lagu ini. Mungkin kena dengar lagi dan lagi kot untuk feel tapi kalau dari segi lirik tuh aku suka sebab dia tak direct tapi kita faham maksud dia. 
LihatTutupKomentar