Pengalaman Pertama Kali Memandu kereta Ke Kuala Lumpur | Cerita Penuh Drama! - Lifestyle Blogger | Arif Zakaria

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sunday, 6 December 2020

Pengalaman Pertama Kali Memandu kereta Ke Kuala Lumpur | Cerita Penuh Drama!

Pengalaman Pertama Kali Memandu Ke Kuala Lumpur! | Apa yang menarik sangat dengan pengalaman memandu ke Kuala Lumpur sampai aku nak share dengan korang? Well! untuk korang yang dah biasa mungkin akan anggap apa yang aku lalui nih adalah perkara biasa tapi untuk pertama kali memandu sejauh beratus ratus kilometer ianya adalah pengalaman yang agak mencabar tahap kesabaran dan emosi bagi aku haha.

Nak dijadikan cerita, aku nih baru je dapat lesen kereta tahun lepas. Kiranya masih baru lagilah kan tapi keyakinan diri untuk memandu agak tinggi jugak sebab sepanjang ada lesen kereta aku dah travel around Kelantan dengan Jayanya. 


Disebabkan keyakinan itulah aku decided untuk ajak my mom pergi KL dengan kereta. At first, aku ingat mak aku akan cakap "NO" tapi dia pulak yang excited! Aku apa lagi, rancang bila nak pergi lepas tuh check kereta untuk pastikan tak ada apa apa masalah yang akan berlaku sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kitorang gerak dari rumah selepas subuh. Awal gila kan? Yes, sebabnya aku tak nak sampai KL after jam 5 Petang. Bayangkan kau sampai KL waktu tuh kereta penuh atas jalanraya. Confirm stress and cuak nanti. Walau pun aku cakap aku confident tapi somehow aku nervous jugak sebab pertama kali kan.

Everything went smooth sampailah kitorang masuk Highway Gua Musang, Aku perasan semua meter dekat dashboard tak gerak kecuali meter untuk minyak. Aku tak berani nak berhenti dekat highway tuh untuk check apa yang problem sebab takut nanti kalau aku matikan enjin tak boleh hidupkan balik.

Masa tuh aku nekad untuk drive jer sampai exit highway barulah aku nak cari bengkel kereta untuk check apa masalah dengan kereta nih tapi malang tak berbau guys, lagi 12 kilometer nak exit highway kereta aku mati. Nasib baik sempat gerakkan kereta ketepi, kalau tak jenuhlah aku nak tolak kereta dengan mak aku kan. Dah la dekat highway orang drive laju laju.


Pengalaman Memandu pertama kali

Macam nih la keadaan kitorang selepas kereta dah mati kat tepi highway. Rasa cuak tuh makin membuak buak tapi aku bersyukurlah jugak sebab even dekat atas highway pun line telefon & Internet masih lagi boleh guna. Kalau tak memang mati kutu aku tak tahu nak buat apa.

Benda pertama yang aku buat, aku call kakak dengan abang aku tanya dorang nak buat apa and dorang banyak tolong carikan contact towing and aku call dorang satu satu tengok yang mana ok. Seriously bila jadi macam nih aku ada terfikir jugak pasal insurans tapi aku contact dulu towing service yang ada.

Orang first yang aku call bagi harga RM350! Bagi aku harga macam mahal kot. Time nih matahari mencanak dekat atas kepala. Mak aku pulak ada masalah asma, cuaca panas and sejuk sangat pun tak boleh nanti confirm akan batuk batuk. 

Aku pun call la brother sorang lagi dia bagi RM250. Murahlah sikit dari yang tadi. Aku tanya mak aku, dia cakap on je la sebab dah tak tahan nak tunggu lama lama. Bila fikir balik, ambil jer la daripada nak tunggu yang murah lagi mungkin 3 hari kemudian baru ada haha. 

Dalam sejam lebih jugaklah menunggu brother tuh datang. Masa nih aku dah rasa give up da. Menyesal pulak decide untuk drive sendiri. Kalau tahulah benda macam nih nak jadi. Baik naik bas jer. Kesian tengok mak aku sebab kena tahan duduk atas highway panas panas. 

Bila brother tuh dah sampai, bukan main happy weh! Rasa macam dapat duit sejuta haha. Masa kereta kena towing tuh rasa malulah jugak bila orang lain tengok kitorang dalam kereta. 

Towing Services

Sampai jer bengkel area Lipis, aku pergilah dekat brother tuh nak bayar duit towing. Guess what? Dia suruh aku bayar RM150 jer! Aku macam eh biar betul dia bagi harga tuh sebab tadi cakap RM250. Aku tak surelah samada aku salah dengar atau memang dia bagi diskaun. Apa pun terima kasih untuk brother tuh! Semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Aku ingat bila sampai bengkel, drama dah habis tapi tak ya kawan kawan sekalian. Aku tanyalah berapa lama masa nak baiki kereta nih. Dia cakap kena tinggal kereta dekat bengkel 2 hari macam tuh baru siap. Aneh ya. Tak check pun  kereta rosak apa dah boleh bagitau timing baiki berapa lama.

Nak tak nak kenalah tinggalkan jugak kereta. Jadi, Abang dengan kakak aku gigih dari KL gerak datang Lipis nak pick up aku dengan mak aku sebab memang dah tak ada choice lain. Bayangkan dari KL ke Lipis berapa jam pulak nak kena tunggu tapi kitorang redha jer la sebab itu jer solution dia.

Dekat bengkel tak ada ruang menunggu, terpaksalah tunggu jauh sikit dari bengkel tuh and masa tengah menunggu tiba tiba aku perasan kereta aku dah tak ada dekat tempat parking area bengkel. Aku pun apa lagi, pergilah balik bengkel tuh and guess what? Kereta tuh dah boleh start!

Kesudahannya, aku boleh jer ambil kereta on the same day & kebetulan pulak waktu tuh abang dengan kakak aku sampai untuk pick up kitorang. Memang sakit hati jugaklah sebab tadi cakap kena tinggal kereta. Aleh aleh dah siap pulak. Siap bayar RM60 lagi. Mana tak angin kan!

Kiranya macam sia sia jer kakak & abang aku datang sampai ke lipis. Bazirkan masa dorang kot. Lepas kejadian dekat bengkel, kitorang semua terus gerak pergi KL. Sempat berhenti makan dekat RNR pastuh singgah Masjid area Bentong untuk rehat and solat. 

Time dekat Bentong nih pun ada drama lagi guys! Sebelum gerak aku perasan temperature naik laju gila. Aku syak radiator bocor kot. Terpaksa tunggu enjin sejuk and isi air dulu. Untuk elakkan masalah temperature naik atas highway kitorang sediakan air dalam botol.

Alhamdulillah, selepas tuh dah tak ada apa apa masalah lain jadi. Aku berjaya sampai KL dengan jayanya. Memang banyak drama kan untuk pertama kali drive ke KL tapi aku bersyukur sebab kitorang sampai ke destinasi dengan selamat. 

Kalau korang ada pengalaman menarik pasal drive kereta nih. Bolehlah share diruangan komen ya. Aku pun nak tahu jugak hehe! By the way kalau korang baca dari awal sampai habis terima kasih sangat sangat aku tahu entry nih panjang sangat dah macam novel. hehehe.

No comments:

Post a comment

Pages