Berangan pergi Kundasang tapi dekat Kelantan jer!

Kundasang Kelantan, Ladang Lembu Tenusu Kelantan, Susu Berperisa sedap, kedai susu berperisa kelantan, Kundasang Sabah di Kelantan
Berangan pergi Kundasang tapi dekat Kelantan jer! | Ok guys! Kali ini aku nak bawa korang jelajah tempat menarik di Pasir Puteh, Kelantan iaitu Ladang Lembu Tenusu yang terletak berhampiran dengan Jeram Mengaji, Selising.

Ladang Lembu Tenusu

Walau pun lembu dekat sini tak memberikan kerjasama dalam sesi mengambil gambar aku tetap excited dan jakun sebab jarang sekali tengok lembu tompok tompok macam nih. Kalau lembu warna coklat yang orang lepas merata tuh pernah la eh.

Jeram Mengaji
Jeram Mengaji
Jeram Mengaji

Nak pergi Kundasang tak boleh, kita datang sini jer la tapi cuaca tak macam dekat kundasang la guys. Kalau datang nak ambil gambar lepas tuh lepak lepas sambil minum susu segar, susu berperisa, dadih dengan yogurt bolehlah sebab dorang ada jual.

Jeram Mengaji

Nak datang sini? Korang waze Jeram Mengaji jer sebab Ladang Tenusu nih memang satu jalan. Sebelum Sampai Jeram tuh korang akan jumpa Ladang Lembu Tenusu dulu. Nanti kalau pergi boleh borong susu berperisa nih. Beli 3 Botol tak cukup hehe.
LihatTutupKomentar