Ticker

6/recent/ticker-posts

Betul ke Pantai Mek Mas Jadi Lokasi Photoshoot Gambar Yang Cantik?

Pantai Mek Mas Jadi Lokasi Photoshoot Gambar Yang Cantik? | Hai guys! Korang pernah dengar tak tentang Pantai Mek Mas? Sebelum nih aku tak tahu pun pasal kewujudan pantai nih tapi syukur ada kawan kawan yang memang alert dengan tempat tempat menarik di Kelantan.

Ya betul tuh kawan kawan sekalian! Pantai Mek Mas nih terletak di Negeri Kelate. Apa yang menarik sangat dengan Pantai Mek Mas sampai ramai betul orang datang? Meh aku belanja gambar untuk tatapan korang.

Pantai Mek Mas Kelantan
Pantai Cantik Di Kelantan
Pantai Mek Mas Cantik

Korang tengoklah betapa kecilnya manusia dekat dalam gambar tuh. Tempat yang dorang duduk tuh adalah timbunan pasir yang sangat tinggi. Disebabkan aku spesis malas, jadi aku ambil gambar dari bawah jer. Tak kuasalah nak naik tinggi tinggi nanti berpeluh ketiak haha. 

Pantai Mek Mas popular sebab timbunan pasir nih la. Aku tengok ramai budak budak muda datang bergambar and kalau parents yang datang bawak anak anak pulak main luncur pasir. Kalau tak silap aku ada orang sewakan Sliding board dekat sini. 

Pantai Cantik di Kelantan
Pantai Cantik Di Kelantan


Kalau korang tengok dekat Instagram memang ramai orang datang sini semata mata untuk photoshoot. Hasil gambar yang ditangkap pun memang meletop! Untuk pengetahuan korang, aku pergi sini dah lama tau sebelum PKPB lagi. Takut pulak nanti share kang orang kata aku berjalan time time PKPB matilanak. haha!

Conclusion dia, tempat ini kalau kau nak datang untuk shoot gambar memang cantiklah tapi kena beringatlah masa nak panjat pasir tuh hati hati kang tak pasal pasal ada adegan jatuh bergolek macam cerita hindustan. 

Post a comment

0 Comments