Akhirnya Canon G7X Mark ii Dalam tangan Aku!

wish list tahun baru, canon g7x mark ii, wish list idaman, wish list tahun baru,
Akhirnya Canon G7X Mark ii Dalam tangan Aku! | Alhamdulillah dua wishlist yang aku nak dah pun brada dalam genggaman aku dengan jayanya. Walau pun wishlist yang aku nak tuh dibuat pada awal tahun 2019 lagi haha. Lama betul kan? Tapi tak apa sebab yang penting termakbul. 

Aku pernah share wishlist aku dekat blog ini dulu sampai aku sendiri pun tak ingat tapi bila tengok balik. Eh! Dua dua dah dapat. Salah satunya adalah Lesen Kereta. Untuk lesen kereta ini aku dah dapat pertengahan Tahun 2019 lagi kiranya yang ini aku dapat on time lah. Siap share pengalaman buat lesen lagi. Kalau nak baca boleh klik link bawah nih.


Yang kedua adalah Canon G7X Mark ii! Jom aku share pasal kamera ini dengan korang semua. Kenapa gigih sangat nak Canon G7X Mark ii sedangkan dekat luar tuh berlambak lagi kamera lain yang aku boleh beli. 

Kamera bagus untuk video dan gambar

First of all, aku nih berangan nak buat video dekat Youtube. Jadi, aku perlukan kamera yang boleh rakam video yang bagus dan pada masa yang sama ada audio yang jelas. Taklah nanti kalau beli kamera nak kena beli mic asing pulak.

Bila survey dekat internet, aku rasa kamera ini paling sesuai sebab ramai youtuber guna. Aku adalah jugak tengok kualiti video dengan audio sebelum beli. Memang tiptop hasil dia. Harga pulak dalam RM2000 lebih. Mahal? Memang mahal la citer dia. Kalau murah dah lama aku beli haha.

Lepas tuh, Aku ini memang aktif dekat Instagram. Kadang kadang tuh dapat client yang nak post gambar dekat instagram. Jadi, Aku naklah kamera yang boleh ambil gambar yang cantik jugak. Tengok tuh tamak kan aku! Nak semua cantik tapi duit takde. 

Tapi tak sia sialah beli Canon G7X Mark ii nih sebab hasil gambar pun memang terbaik! Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku. Dapatlah merasa guna kamera mahal macam nih. Semoga dengan kamera yang ada nih boleh tambah lagi rezeki aku dimasa akan datang.

Kamera cantik untuk gambar dan video

Ini adalah contoh gambar yang dihasilkan oleh Canon G7X Mark ii (Raw belum edit apa apa)

Sekarang dah bulan Disember 2020. Tinggal berapa hari je lagi nak masuk tahun 2021. Korang ada wish list dan azam tahun baru tak? Kalau ada share dekat bahagian komen. Aku pun nak kepochi jugak apa yang korang nak. hehe.
LihatTutupKomentar