Ticker

6/recent/ticker-posts

Tempat makan Salmon Grilled Sedap di Kaitai Garage & Coffee di Kota Bharu Kelantan

Tempat makan Salmon Grilled Sedap di Kota Bharu Kelantan | Hai pembaca blog arepnakbebel! Korang semua apa khabar? Dah lama betul aku tak bukak blog ini sebab busy dengan kerja kerja lain. 

Maaflah korang kalau dah lama tunggu entry baru tapi ada ke yang tunggu? haha. By the way arini aku nak share pasal Salmon Grilled dekat Cafe Kaitai Garage & Coffee. Punyalah sedap makan Salmon dekat situ kenalah share dengan korang.

Nak dijadikan cerita aritu aku check in hotel dekat Kota Bharu sebab nak buat kerja la kononnya tapi hampeh sebab hujan turun tak berhenti sampai terbantut kerja tapi kalau bab makan nih hujan ke banjir ke tetap redah jugak. 

Makan Salmon Grilled Sedap

Maafkan aku ya korang sebab gambar macam hura hara sikit sebab time nih hujan. Aku dalam dilemma samada nak ambik gambar atau nak selamatkan phone dari kena hujan haha. Macam nih lah rupa cafe dia. Dari luar nampak biasa jer tapi kat dalam 5 Bintang okeh.

Kaitai Garage and Coffee

Abang dekat kaunter tuh pandang macam nak makan orang jadi aku tak berani nak ambil gambar banyak banyak tapi serious aku cakap cantik juga dalam cafe nih. Ramai orang datang snap gambar selfie 100 keping sambil tunggu makanan sampai. Okay itu aku jer sebenarnya orang lain tak. haha! Oklah jom kita tengok gambar Salmon Grilled yang aku order.

Salmon Grilled sedap
Salmon Grilled sedap

Indah tak kejadian Salmon Grilled yang aku makan nih guys? Adakah seindah harganya? Kalau korang nak tahu harga satu pinggan Salmon Grilled ini adalah RM39.90! Salmon dia puas hati sebab saiz dia besar. Selain itu dorang ada letak mashed potato, Cauliflower, Carrot, Brocolli dan lain lain.

Bagi tekak melayu asli macam aku, Salmon Grilled dia sedap dan selayaknya di repeat tapi tunggu lepas PKPB berakhir baru boleh pergi makan. Kalau korang yang sekarang nih bermaustatin di Kota Bharu bolehlah singgah makan sambil bergambar dalam kedai cantik nih.

Post a comment

0 Comments