First time makan Indomie Goreng Chitato dari indonesia | mi dan kentang? - Lifestyle Blogger | Arif Zakaria

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Tuesday, 21 January 2020

First time makan Indomie Goreng Chitato dari indonesia | mi dan kentang?

First time makan Indomie Goreng Chitato | mi dan kentang? | Korang pernah makan instant noodles dari indomie tak? Indomie adalah antara brand instant noodles yang agak popular di indonesia dan yang menariknya indomie nih selalu keluarkan instant noodles yang menjadi perhatian orang ramai contohnya indomie salted egg, indomie ayam geprek dan kali ini Indomie goreng chitato pulak.

Indomie goreng Chitato indonesia

Sebenarnya Indomie goreng chitato ini dah lama keluar tapi aku baru nak try sebab tertengok dekat youtube. Satu bungkus Indomie goreng chitato berharga RM1.90. Aku beli dekat Hero Market di  Berjaya Times Square. Sekarang nih jom kita tengok apa yang ada dalam bungkusan indomie goreng chitato nih.


Indomie goreng chitato nih didatangkan dengan mi yang mengandungi 6% pati kentang (potato starch) bersama dengan bumbu (seasoning), saus cabe (sos cili), kecap manis dan pelengkap (kerepek kentang chitato). Proses untuk masak memang senang jer. Korang just rebus mi sampai masak, campurkan semua "condiments" yang ada dan gaulkan sampai rata. Jangan lupa taburkan kerepak kentang chitato lepas dah siap tuh tau.



Macam nih rupa dia korang bila dah siap masak. Kalau nak lagi sedap mungkin korang boleh tambah lauk macam telur goreng or telur rebus ke tak pun kalau rajin goreng ayam yang ada dalam peti ais tuh haha. Nampak sedap tapi memang betul betul sedap ke tidak?

Pendapat aku tentang indomie goreng chitato?

First bite tuh pun aku dah suka sebab dia ada rasa pedas! Pedas dia just nice dan kalau makan dengan kerepek kentang chitato tuh lagi best sebab ada bunyi "kriuk kriuk" yang umppphh. Memang sesuailah dia dipanggil sebagai pelengkap untuk indomie mi goreng chitato nih. Katanya indomie yang berkolaborasi dengan Chitato nih lebih tebal dari yang biasa. ermm betul ke tak? 

Aku tak pasti la pulak! Maybe lepas nih aku boleh try Indomie yang biasa dan kongsikan dengan korang semua. Apa pun korang, kalau makan satu bungkus indomie goreng chitato memang tak cukup. Menyesal pulak beli sikit jer. Dah la susah nak jumpa! Semalam aku pergi star grocer pun tak ada.

Kalau korang terjumpa indomie goreng chitato dekat mana mana bolehlah beli dan cuba sendiri nanti. Untuk korang yang dah pernah cuba pulak boleh share pendapat dengan pembaca blog di bahagian komen. Pendapat korang mungkin berbeza dengan aku kan. Jadi, marilah kita berkongsi pandangan. ah gituhh. hehe.

1 comment:

Pages