Pengalaman Aku ambil lesen kereta tahun 2019 - Lifestyle Blogger | Arif Zakaria

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sunday, 29 December 2019

Pengalaman Aku ambil lesen kereta tahun 2019

Pengalaman Aku ambil lesen kereta tahun 2019 | Sejujurnya memori aku pasal pengalaman ambil lesen awal tahun 2019 dah makin pudar. Macam tuhlah bila dah tua tua baru nak ambil lesen kan memang cepat lupa ya anak anak tapi bila diamati balik aku takdelah tua sangat masih dalam 20an. Ahgituh! Untuk korang yang belum ada lesen kereta atau masih dalam proses untuk mendapatkan lesen kereta, Aku harap perkongsian ini dapat bagi korang sedikit ketenangan sebab aku tahu korang nervous sekarang ini sebab tuh korang cari pasal pengalaman orang lain ambil lesen kan. Aku pun buat benda sama dulu kihkih.

Sebelum aku daftar untuk buat lesen kereta aku memang nekad nak ambil lesen Auto sebab senang tapi bila fikir balik rugi jer kalau ambil Auto sebab apa? Satu, of course lah sebab harga dia lebih mahal. Second, kalau ambil lesen Auto aku tak boleh bawak kereta Manual. Walaupun orang cakap takpelah takleh bawak kereta manual pun sebab sekarang ini kan banyak kereta auto jer. Memang takleh deny bab tuh tapi one day kalau ada emergency ke apa yang membuatkan korang kena drive kereta manual macam mana? Mesti menyesal tau believe me. 


So, Aku daftar lesen kereta awal tahun 2019 dimana waktu tuh serious aku cakap aku nervous dub dab dub dab sebab aku memang zero pasal kereta tapi aku buat rileks jer sebab sebelum masuk kelas belajar memandu dekat litar, aku kena masuk kelas teori dulu. Masa dalam kelas teori tuh aku masih bertahan la walau pun 6 jam sebab cikgu yang bagi explanation pasal lesen kereta tuh tak membosankan sangat haha. Lepas habis kelas 6 jam baru layak buat ujian komputer jawab 50 soalan. 

Alhamdulillah walau pun dah lama tinggalkan buku, Aku berjaya dapat 48/50! Syukur sebab tak perlu ulang ulang banyak kali. Untuk pengetahuan korang, bila korang dah lulus ujian komputer barulah korang boleh dapatkan Lesen L dimana lesen ini membenarkan korang untuk belajar memandu di litar dan jalan raya. Markah lulus kalau tak silap aku 42/50. Kalau kurang dari 42 maknanya korang kena ulang lagilah sampai lulus.

Bila semuanya dah setel, tibalah masanya untuk aku masuk ke litar memandu! Sepanjang belajar memandu dekat litar dan jalan raya memang banyak drama sebenarnya. Macam macam jadi sampai boleh buat hilang sabar sebab nak habiskan 16 jam waktu belajar memang sangat perit. Dalam litar memandu ada lima halangan atau obstacles yang korang kena belajar sampai pandai iaitu Bukit, Selekoh S, Selekoh Z, Parking sisi dan Parking 3 Penjuru

Untuk jalan raya pulak ada tiga pilihan jalan yang perlu dipelajari oleh semua pelajar sebab masa ujian JPJ dorang akan pilih salah satu laluan jalan raya yang ditetapkan secara random untuk test kemahiran kita. Pilihan jalan raya nih bergantung kepada tempat korang belajar la. Ada sesetengah tempat dua pilihan je and ada juga lebih dari tiga. So korang kena bersiap sedia and belajar la betul betul ya.

Oh ya, Aku lupa nak bagitau korang yang sebelum Ujian JPJ korang kena buat QTI dulu. Amenda pulak QTI nih? QTI bermaksud Qualifying Test At The Institute atau dalam bahasa mudahnya PRA Ujian untuk pelajar yang dijalankan oleh Institusi memandu tuh sendiri selama 30 minit untuk tengok samada kita nih layak atau tidak untuk buat Ujian JPJ. Ha gituh! Rasa macam bijak sikit bila dapat explain kat korang haha. 

Pengalaman aku masa ujian JPJ agak menyedihkan jugaklah sebab aku gagal dekat Litar. Mungkin time tuh aku terlampu risaukan halangan bukit sampai aku lupa ada lagi beberapa halangan lain yang aku kena tempuh. Last last Bukit aku lepas tapi parking sisi pulak yang terciduk (gagal) hahaha tapi Alhamdulillah Ujian untuk Jalan Raya aku Lulus dengan jayanya. Untuk pengetahuan korang, Ujian JPJ dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Litar dan Jalan Raya. Kalau korang gagal salah satu korang tak perlu repeat dua dua. Korang just repeat balik yang mana korang gagal je which is good!

Disebabkan aku gagal dekat Litar, Aku just repeat balik Ujian JPJ untuk Litar sahaja dan kali kedua aku test aku berjaya Lulus. Memang bersyukur gila weh sebab aku pernah jugak baca pengalaman Ujian JPJ orang lain dekat blog dorang and guess what? Ramai yang repeat sampai 3 4 kali untuk lulus. Seriously korang memang kuat semangat sebab sanggup repeat lagi dan lagi. Kalau aku rasanya memang give up menangis dibucu katil jer.

Untuk korang yang sedang dalam proses ambil lesen sekarang nih tak kiralah kereta ke motor please jangan give up sebab aku tahu korang boleh buat! Walau pun kadang kadang rasa macam malas dah nak hadap tapi percayalah bila korang dah lulus perasan dia memang kebabom happy weh lebih lebih lagi bila dah dapat lesen kat tangan. Chaiyokk korang! Aku doakan urusan korang dipermudahkan dan berjaya dapatkan lesen dengan cepat.

1 comment:

  1. Ok dah abadikan utk anak cucu baca kan. Nnti ada masa nk tulis jugak la haha

    ReplyDelete

Pages