Rempuh 80KM lebih untuk makan di Warung Pak Mat Pulau Pisang - Lifestyle Blogger | Arif Zakaria

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Tuesday, 31 December 2019

Rempuh 80KM lebih untuk makan di Warung Pak Mat Pulau Pisang

Rempuh 80KM lebih untuk makan di Warung Pak Mat Pulau Pisang | Salam korang! Hari aku nak bercerita sikit pasal journey aku dengan kawan aku Madi pergi KB (kota bharu) sebab nak lunch dekat Warung Pak Mat Pulau Pisang. Lokasi kedai tuh agak jauh dari rumah aku, kalau drive ambil masa dalam 1 jam 40 minit jugaklah untuk sampai! So aku macam "biar betul madi nih nak pergi sana untuk lunch jer" tapi memandangkan aku bukannya buat apa pun kat rumah nih, asyik tengok dinding jer baik aku join sama. 

My plan was to drive sampai rumah madi and parking kereta situ pastuh kitorang carpool naik keta dia pergi KB tapi memandangkan ayah aku tak bagi aku drive so aku naik jer bas sampai Tanah Merah. Once dah sampai sana madi datang pickup and kitorang teruskan perjalanan. Fyi, kitorang dua dua kelantanese tapi tak pernah jumpa dekat kelantan. Kitorang kenal pun dekat KL and selalu hangout and pergi event pun dekat sana. So this is our first time hang out sama sama dekat negeri sendiri guys haha. 

The funny thing was that both of us tak familiar pun dengan jalan untuk pergi Warung Pak Mat Pulau Pisang tuh, jadi memang guna google maps jer la dari Tanah Merah ke sana. Aku tengokkan maps and madi pulak drive! On the way ke sana memang banyak dugaan tapi syukur tak sesat. Dalam kereta pun banyak borak pasal Kampung People jer. 

Perjalanan ke Warung Pak Mat Pulau Pisang memang agak lama so madi pulak lapar. Kalut kitorang cari kedai makan tak jumpa tapi last last ternampak satu cafe nih nama dia Kopi Mesin. Kalau korang duduk kelantan especially area KB for sure korang tahu Kopi Mesin nih sebab cawangan dia ada banyak. 


Walaupun cawangan banyak, ini kali pertama kitorang singgah cafe nih tau. Madi memang lapar so dia order grill chicken something something nama dia aku lupa pastuh Ice blended Vanilla. Aku pulak order French Fries jer dengan Ice Blended Milk


Lepas dah makan tuh kitorang terus gerak menuju ke destinasi yang sepatutnya. Dari Kopi Mesin yang terletak di Kampung Kota nih ke Warung Pak Mat Pulau Pisang ambil masa lebih kurang 30 minit macam tuh jer tapi kitorang gerak je terus sebab risau jugak takut susah parking ke apa kan.

Bila dah sampai tuh Alhamdulillah parking semua senang. Sampai pulak ngam ngam waktu lunch memang ramailah orang. Untuk pengetahuan korang, Warung Pak Mat Pulau Pisang nih popular dengan Teh Madu float tapi sayangnya kitorang lupa nak order. Walau pun tak order Teh Madu Float tuh aku adalah order Teh o ais dorang and guess what? Rasa dia lain dari Teh O ais dekat kedai biasa sebab ada rasa madu jugak.


Untuk makanan pulak kitorang order daging goreng, ayam goreng percik, sup daging, telur dadar dan kari ayam. Jujur aku cakap ya semuanya sedap especially sup daging dia. Ayam goreng percik pun boleh tahan jugak. 

Kalau ada masa nak repeat lagi makan dekat sini in future. Kitorang makan banyak nih 5 orang tau. Thank you sharm sebab belanja kitorang semua and thank you jugak madi sebab ajak aku keluar pastuh siap hantar balik rumah lagi jauh jauh! Berbaloi ya merempuh 80km lebih untuk makan dekat sini. Kalau korang semua datang kelantan bolehlah makan dekat sini.

No comments:

Post a comment

Pages