Drama Kampung People jadi bualan ramai. Best sangat ke? - Lifestyle Blogger | Arif Zakaria

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, 28 December 2019

Drama Kampung People jadi bualan ramai. Best sangat ke?

Drama Kampung People jadi bualan ramai. Best sangat ke? | Untuk korang yang masih blur pasal drama Kampung People nih meh aku story sikit! Drama Kampung People nih ditayangkan pada hari Rabu hingga Jumaat jam 9 Malam di TV3 untuk SLOT Lestary bermula 11 Disember yang lepas. Siapa pelakon drama ini? Watak utama yang ada dalam Kampung People adalah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah


Kisah Drama Kampung People bermula apabila Razif (Rashdi Ishak) terpaksa menjadi saksi di mahkamah untuk kes jenayah yang melibatkan bekas bossnya, Tuan Suhaimi dan disebabkan Razif menerima ugutan bunuh dari Tuan Suhaimi, Pihak polis meletakkan Razif sekeluarga dalam Program Perlindungan Saksi dimana Razif dan keluarganya terpaksa berpindah dekat kampung so that dorang tak akan dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Memang sangat menarik cerita nih sebab bila dorang sekeluarga pindah dekat kampung, Dorang kena tukar identiti dari keluarga yang hidup mewah di bandar kepada orang kampung yang duduk dirumah kayu dan bekerja sebagai petani taman jagung. Kampung People adalah antara drama TV yang menjadi kegemaran orang ramai sekarang ini sebab drama dia tak tipikal macam yang selalu kita tengok. Asyik asyik pasal cinta dua darjat! Kalau tak hero yang miskin mesti heroin. Itu belum dengan Projek Juta Juta yang bakal diwarisi lagi. Adehh! Kusut la haha. 

Berbalik kepada drama Kampung People, Watak yang dibawa oleh Razif sekeluarga memang ada identitinya yang tersendiri. Antara watak yang menjadi perhatian aku adalah Laila/Roziah yang dibawa oleh Riena Diana yang suka cakap pelat mat salleh. tak kering gusi kalau tengok. Watak Elly mazlein sebagai Mona/Aminah pun tak kurang hebatnya, Memang masuk air. Buat masa ini memang banyak maklum balas positif berkenaan drama Kampung People. So aku cadangkan korang tengok ok. 

Aku dah tengok 8 episod Kampung People nih langsung tak bosan dan setiap episod ada jer drama yang jadi tapi agak sedih jugalah sebab Drama Kampung People ini ada 13 episod jer. Apa pun untuk korang yang belum tengok jangan risau sebab korang boleh tengok dekat youtube channel TV3 Malaysia. Episod 1 sampai yang latest ada dekat sana. Selamat menonton guys.

No comments:

Post a Comment

Pages