Balik kampung 8 Jam dalam bas? Kemalangan dahsyat? - Lifestyle, Event, Review, Travel, Info | Blog Arepnakbebel

Thursday, 26 December 2019

Balik kampung 8 Jam dalam bas? Kemalangan dahsyat?

Alhamdulillah! Akhirnya sampai jugak rumah selepas 8 jam lebih berjuang dalam bas. Balik kampung memang best tapi bila mengenangkan perjalanan balik kampung dari Kuala Lumpur naik bas memang dugaan ya. Bukan dugaan apa pun sebenarnya tapi kalau dah 8 jam kau duduk jer dalam bas tanpa buat apa apa memang bosan gila la kan. 


Orang cakap dekat aku "Kenapa tak balik naik flight jer? Kan lagi cepat sampai". Well, kalau rumah aku berdekatan dengan airport memang for sure 100% aku naik flight tapi malangnya tidak ya kawan kawan sekalian. Kalau naik flight, Aku kena berhadapan dengan pelbagai dugaan lain pulak contohnya transportation dari airport ke rumah aku.      

Apa pun aku dah pun sampai kan so thank God i survived!Eh wait, aku lupa nak share satu benda dengan korang, guess what? Tadi masa dalam bas, aku dengan geng geng bas nih ternampak satu kemalangan jalan raya yang quite tragic sebab one of us kata nampak mayat. I was like oh nooo! Aku cuba untuk tengok tapi tak nampak. 

Whatever it was memang scary sebab everyone kerumun tempat kejadian termasuklah polis dan orang kampung. Apa apa pun guys, kalau korang memandu kereta or bawak motor please be careful and ingatlah orang tersayang ya. Aku kalau terserempak dengan kejadian macam nih mesti terus cuak nak drive dah. 

Ok now kita move on dari kemalangan tuh dan cerita pulak pasal kisah bila dah sampai rumah. Aku sejujurnya lupa yang arini hari selesa. Kenapa dengan hari selesa? Well setiap selesa dekat kampung aku ada pasar malam. Yes! Aku memang excited sikit kalau cakap pasal pasar malam sebab pasar malam is the best place for food lovers to makan sampai lebam. Kebetulan pulak time sampai tuh tengah lapar bertambah excited la kan. i got myself nasi impit, satay ayam dengan kuah kacang dan juga ayam goreng. Kat mana mana pun ayam goreng sentiasa kena beli. titik!

Sekarang ini makan pun dah kenyang so aku decide untuk tido jer. Besok nak buat apa pulak? Tak tahulah tuh. Ingatkan nak "leparkss" Pusat Internet tapi memandangkan esok cuti christmas terpaksa tukar plan tapi for sure im going to do something. Maybe tulis entry apa apa untuk kongsikan dengan korang atau mungkin jugak aku mereput jer dekat rumah macam aku selalu buat. 

By the way guys thank you so much for supporting arepnakbebel. Aku harap korang enjoy datang sini baca baca benda merepek yang aku share sebab kalau boleh aku nak blog ini jadi sesantai yang mungkin ala ala bercerita dengan kawan kawan. ahgituh! 

No comments:

Post a Comment