Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Menjalani Pemeriksaan Ultrasound KUB | Kidneys, Ureter & Bladder!

Pengalaman Menjalani Pemeriksaan Ultrasound KUB | Kidneys, Ureter & Bladder! | Assalamualaikum korang! Hari ini nak share pasal Ultrasound terus jadi sopan sikit siap bagi salam lagi. By the way, bila bercakap pasal ultrasound nih aku ingat untuk orang mengandung jer. Pergi klinik buat ultrasound untuk check bayi tapi tidak ya kawan kawanku sekalian.

Rupa rupanya Ultrasound ini banyak kegunaan dia, bukan untuk check bayi jer tapi boleh "diagnose" penyebab sakit dalam abdomen, swelling, infeksi dalam organ dalaman kita dan banyak lagi. 

Nak dijadikan cerita, baru baru ini, aku buat check up dekat klinik and doktor bagi surat appointment untuk buat pemeriksaan Ultrasound KUB. Aku pulak sejenis yang akan cari dekat google semua benda yang aku tak tahu. So, Aku search la pasal Ultrasound KUB ini untuk dapatkan kepastian dan untuk elakkan rasa cuak & nervous masa buat pemeriksaan nanti.

Macam yang korang baca dekat tajuk, KU bermaksud Kidney, Ureter & Bladder atau dalam bahasa melayunya buah pinggang,ureter (laluan kencing) & pundi kencing. Dengan pemeriksaan Ultrasound KUB nih, kita boleh check saiz buah pinggang, tanda tanda kecederaan pada buah pinggang, Cyst atau tumor dan lain lain.

Panjangnya pembukaan kita kali nih! Jom aku cerita pengalaman aku pulak! 

Pengalaman Menjalani Ultrasound

Pemeriksaan Ultrasound KUB dijalankan dekat Hospital Tanah Merah. Nasib baiklah sekarang dah ada lesen kereta. Takyah risau pasal transportation. Kalau tak memang susah juga aku nak datang bandar kalau tak ada lesen. Area kampung aku nih susah nak dapat teksi atau bas. Kalau grab jauh sekalilah.

Sampai jer hospital terus buat saringan covid 19 dulu lepas tuh terus ke Unit Pengimejan Daignostik. Masuk jer dalam tuh terkejut aku sebab rupanya ada ramai pesakit tengah tunggu turn untuk buat pemeriksaan. 

Benda pertama yang aku kena buat lepas masuk dalam Unit Pengimejan Diagnostik adalah ke kaunter pendaftaran. Bagi surat appointment, IC dan juga tunjukkan borang saringan covid sebagai bukti korang betul betul dah buat saringan covid. Memang baguslah kan untuk safety semua orang.

Pengalaman Ultrasound KUB

Lepas tuh, Aku diberikan nombor giliran. Tempat menunggu pun memang ada banyak tempat duduk tapi kena jaga jaraklah tak boleh duduk rapat rapat. Appointment aku jam 11 pagi tapi aku datang jer awal dan Alhamdullilah nombor aku dipanggil sebelum jam 11 pagi. 

Masuk jer dalam ruangan tempat Ultrasound tuh, Aku disuruh baring supaya pemeriksaan Ultrasound dapat dijalankan. Aku memang tak ada rasa nervous pun masa tuh sebab dah tahu kalau Ultrasound memang kita tak akan rasa sakit pun. Cuma rasa sejuk sejuk sikit sebab dorang akan letak gel untuk membolehkan imej dalam badan kita diambil dengan baik.

Proses dia lama ke tak? Kalau korang tanya aku, aku rasa setiap orang berbeza beza, kalau dorang dapat dapat imej yang diperlukan dengan cepat maka cepatlah proses dia. Kalau susah nak dapatkan imej tuh memang amek masa jugaklah. Untuk aku? Dalam 20 minit kot rasanya sebab masa pemeriksaan tuh dibuat, susah nak dapatkan imej yang jelas. Mungkin sebab aku badan besar kot susah ultrasound nak tembus masuk haha.

Satu lagi, ada masa dimana dorang akan suruh korang tahan nafas tau jadi korang kena ikut arahan dorang betul betul kalau tak memang lamalah korang kat dalam tuh. Kenapa nak kena tahan nafas? Tujuannya adalah untuk mendapatkan imej yang lebih jelas. Kalau korang tak tahan nafas nanti susah lah nak capture imej tuh sebab nanti dia akan gerak gerak.

Bersyukur jugaklah sebab staff yang bekerja masa buat pemeriksaan untuk semuanya baik baik. Aku tanya soalan pun dorang jawab jer dengan sopan. Apa pun, ini adalah satu pengalaman menarik yang aku boleh kongsikan dengan korang. Terima kasih sebab sudi singgah baca. Kita jumpa lagi dalam entry akan datang. Assalamualaikum.

Post a Comment

0 Comments