Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahun 2020 Penuh Dugaan! Apa Wish List Korang Untuk Tahun Baru 2021?

Tahun 2020 Penuh Dugaan! Apa Wish List Korang Untuk Tahun Baru 2021? | Dalam kepala aku ini masih terngiang ngiang lagi wishlist untuk tahun 2019 yang aku buat dulu tapi sekarang ini nak kena buat wishlist baru pulak untuk tahun 2021! Cepatnya masa berlalu kan. Yang lambat cuma berat badan aku jer  entah bila nak turun.

Baca Juga : Wishlist Tahun 2019

Apa wish list tahun baru

Tahun lepas (2020) sangat mencabar untuk semua orang. Masing masing ada dugaan yang perlu dorang hadap. Samalah macam aku tapi pasal tuh kita membawang dalam entry lain haha sebab kali ini aku nak kongsi pasal wish list untuk tahun 2021.

Capai Dua Juta Views Untuk Blog.

Kalau korang nak tahu, aku ada satu lagi blog yang a little bit serious. Maksudnya penggunaan kata kata pun berbeza dengan blog ini. Aku rasa dalam blog nih aku lebih santai sikit. Konsep dia ala ala membawang dengan kawan kawan.

Blog satu lagi tuh ada 1.5 Juta all time views buat masa ini. Jadi, aku dengan harapan yang menggunung tinggi nak usaha sampai dapat 2 juta sebelum akhir tahun 2021. Doakan yang baik baik ya korang.


Dapatkan Seribu Subscribers Untuk Channel Youtube.

Aku nih ada angan angan nak jadi youtuber tapi selalunya sangat ragu ragu dengan diri sendiri. Bila dah tua tua macam ini baru gigih nak aktif dekat youtube. Sekarang nih aku ada dalam 300 lebih subsribers.

Nak dapatkan 300 tuh pun makan tahun ya anak anak sekalian tapi kali ini aku nak usaha lebih sikit supaya dapat capai seribu subscribers dalam tahun 2021 jugak! 

Ini jer lah wish list aku untuk tahun 2021. Kalau tahun 2019 lebih kepada material kali ini kita lebih kepada pencapaian. haa gituhh! Aku nak buat wish list banyak banyak kang nanti berbuih mulut nak capai semua kan.

Jadi kita berpada pada! Jangan tamak hehe. 

Apa pun, korang yang membaca nih komen la dekat bawah apa wish list korang untuk tahun 2021. Mana tahu wish list kita sama. Boleh buat persatuan wish list 2021 haha. 

Post a Comment

0 Comments