Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketagih Sardin Gulung, Hampir sebulan makan tak berhenti!

Ketagih Sardin Gulung, Hampir sebulan makan tak berhenti! | Tajuk entry macam tak boleh nak bendung kan? Makan sardin gulung jer pun tak kan  sampai macam tuh sekali? Itulah hakikatnya guys. Aku tak tipu! Ini betul betul berlaku.

Sejujurnya, masa zaman kecik kecik dulu aku memang tak berapa suka sangat makan sardin gulung sebab bagi aku tak sedap dan aku tak boleh nak brain kenapa sardin gulung tuh wujud. Even roti biasa yang orang balut dengan sardin pun aku jeling je sebab tak suka.

Minat berubah disebabkan umur meningkat? Boleh jadi kot. Kalau dulu suka makan aiskrim sekarang tak makan sangat pun. Kalau dulu tak makan sayur, sekarang dah start makan sayur. hmmm! Adakah ianya betul atau pun teori konspirasi semata mata? hahaha.

Apa pun korang, jom aku share sikit citer pasal sardin gulung nih. 

Kuih Sardin Gulung

Nak dijadikan cerita, mak aku order sardin gulung dengan jiran dekat rumah nih. Jadi, disebabkan tak ada kuih lain, aku pun makan je la kuih yang ada and guess what? rasa dia macam kau jatuh cinta pandang pertama (aku pun tak tahu macam mana rasa jatuh cinta pandang pertama tuh  tapi korang imagine sendiri la ya).

Start from that day, kalau tak silap aku awal bulan januari and sampai sekarang pun (refer tarikh aku update entry nih) aku akan makan sardin gulung. Tak jemu ke? Buat masa nih belum lagi.

In fact, lepas update entry nih pun aku nak makan sardin gulung lagi. haha.

Tapi perangai aku memang macam nih dari dulu lagi. Kalau dah start makan something and aku suka. Aku akan repeat sampai aku bosan. Macam aritu aku nak makan nasi kerabu, tiga hari berturut turut aku makan nasi kerabu. 

Adakah aku makhluk yang special atau korang semua kat luar sana pun sama je? Kalau rajin, boleh sjare dekat bahagian komen. aku pun nak kepochi jugak pasal pengalaman korang pasal makan makan nih.

Penggemar sardin gulung buat masa ini,
Arif Zakaria.

Post a Comment

0 Comments