Ticker

6/recent/ticker-posts

Rindu Nak Makan Satay Tulang Cochrane

Rindu Nak Makan Satay Tulang Cochrane | Musim Pandemic Covid-19 nih kerja aku selongkar balik semua gambar gambar yang ada dalam laptop and tiba tiba ternampak balik gambar satay tulang cochrane yang aku ambil masa jalan jalan KL tahun lepas. 

Sebelum ini aku tak tahu pun pasal kewujudan satay tulang nih tapi kawan kawan akulah yang ajak makan. Bila dah makan tuh rasa macam tersuka tanpa sengaja pulak. 

Satay tulang di Cheras
maaf guys ada satu keping nih jer gambar. korang redha je la eh. 

Aku nih memang hantu satay! Kalau order tuh mesti nak banyak. kau bayangkan, satay tulang mesti la tak cukup kalau makan sikit tapi sejujur dan seikhlas hatinya aku nak cakap dengan korang! Aku makan 3 batang jer pun dah kenyang. 

Adakah perut aku mengecil? tak mungkin tapi serious tak bohong memang kenyang betul betul! Itulah tamak sangat. terpaksa tapau satay bawa balik rumah. 

Sekarang ini kan PKP, aku tak tahulah kedai nih buka ke tak? Tapi kalau buka, korang pergi la cuba. Aku tak boleh nak pergi sebab jauh sangat. Kedai dia dekat sebelah Petronas Cochrane Perkasa. Dekat dengan Mytown semua tuh. Korang waze jer mesti jumpa nanti.

Aku jumpa nombor telefon kedai ini dekat Google, korang cubalah call tanya buka ke tak. Nanti boleh pergi beli and makan puas puas dekat rumah dengan keluarga tercintah!

Satay Tulang Cochrane : 0167822044

Post a comment

0 Comments