Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Makan Subway Pertama Kali | Menu Baru Subway CheeseChella

Pengalaman Makan Subway Pertama Kali | Menu Baru Subway Cheesechella | Hai semua warganet yang dihargai sekalian, hari nih aku nak kongsi pengalaman makan subway buat pertama kalinya dalam hidup. Ya! Sebelum ini aku tak pernah makan subway sebab tak suka sayur sayuran. hehe.

Pengalaman makan subway pertama kali

Alasan tak suka makan sayur tuh sangat kukuh untuk tidak menjejakkan kaki ke subway tapi baru baru ini aku pergi subway sebab nak cuba menu terbaru dorang Cheesechella yang sangat ulalala.

Kalau  tengok banner yang dorang letak kan dekat luar kedai nih, korang pun mesti nak cuba jugak sebab nampak sedap gila! 

Pengalaman makan subway pertama kali

Korang boleh pilih samada nak Ayam atau pun Beef! Aku order yang ayam tuh sebab kononnya nak kurangkan makan beef. haha! 

Ok guys, sebenarnya aku nervous jugak masa mula mula masuk subway nih sebab aku kan tak pernah makan subway. Dulu aku pernah beli tapi untuk orang lain, tuh pun dorang dah bagitau siap siap apa yang dorang nak tapi kali ini aku order untuk diri sendiri.

Seperti biasa, kita kenalah buat acah acah tahu semua benda hahahaha. Bersyukur jugaklah time aku masuk tuh tak ada orang. just me, myself and kakak subway.

Masa nak pilih sayur sayur tuh aku tibai je letak yang mana aku rasa aku boleh makan. Inilah dia kejadian Extremely Mac & Cheesy Chicken yang dihasilkan oleh aku (Kakak subway yang buat tapi yang pilih pilih tuh kan aku lol).

Pengalaman makan subway pertama kali

Korang abaikan sayur sayuran pilihan aku tuh sebab itu je la yang aku rasa aku boleh makan! Apa yang aku nak korang tengok adalah Mac & Cheese yang dia letak tuh, punyalah banyak sampai nak makan pun susah. 

Sekali ngap tuh memang sedap korang! Sayur sayur yang aku makan pun boleh tahan sedap ya sebab fresh! Aku hampir nak menitiskan air mata sebab boleh makan sayur tuh. Jadi, secara rasminya aku akan makan subway lagi in future.

Banyak lagi menu menu subway lain yang aku kena explore. Sekarang nih PKP memang takleh nak pergi. InsyaAllah kalau semuanya dah reda. Aku akan cuba yang lain pulak pastuh share dengan korang ok!

Post a comment

0 Comments