Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Mei 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Mei 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Mei 2024 | Seperti biasa, menerusi artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Mei 2024. 

TRENDING : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan april 2024 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu seperti Leha dan juga Geng Kubur tetapi filem yang mendapat perhatian ramai selepas ianya disiarkan adalah filem Sheriff yang dilakonkan oleh Zul Ariffin sebagai teraju utama. 

Macam mana pula dengan bulan Mei 2024?  

Poster Filem baru di pawagam bulan mei 2024

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan Mei 2024 adalah Ngesot, Memoir Seorang Guru dan juga Rebel. Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 


Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Mei 2024

  • Ngesot

Ngesot merupakan filem arahan Ayez Shaukat dan diterbitkan oleh Kash Pictures Sdn Bhd. Filem Ngesot menampilkan beberapa orang pelakon seperti Luqman Hafidz, Zul Huzaimy, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Poster Filem Ngesot di Pawagam Mei 2024

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 9 Mei 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Ngesot boleh ke youtube channel MetrowealthPictures


  • Memoir Seorang Guru

Filem arahan arahan Kyoll Hamzah ini diterajui oleh Datuk Rosyam Nor yang memegang watak sebagai Cikgu Sunan dan terdapat banyak lagi pelakon pelakon lain yang terlibat seperti Johan Asa'ri, Nabila Huda, Ellie Suriaty dan ramai lagi.  

Poster filem baru Memoir Seorang Guru di Pawagam

Filem Memoir Seorang Guru akan mula ditayangkan di pawagam pada 30 Mei 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem Memoir Seorang Guru boleh ke youtube channel Mache All Star United.


  • Rebel 

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mei 2024 adalah Rebel. Filem arahan Datuk Awie ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Ben Amir, MK K-Clique dan ramai lagi.

Poster Filem baru Rebel di Pawagam Mei 2024

Filem Rebel akan mula ditayangkan di pawagam bermula 2 Mei 2024. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel ISK TV Channel.


  • The Experts

The Experts merupakan filem arahan Andre Chiew dan Nazim Shah. Filem ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd. Filem The Experts menampilkan beberapa orang pelakon seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan ramai lagi.

Poster Filem The Experts di Pawagam Mei 2024

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 23 Mei 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem The Experts boleh ke youtube channel Astro Shaw

No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Ngesot
ThrillerMelayu 09 Mei 2024
2Memoir Seorang GuruDramaMelayu30 Mei 2024
3RebelAction/Crime/DramaMelayu02 Mei 2024
4
The Experts
Action/CrimeMelayu23 Mei 2024
5
-
---
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mei 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar