Siri Animasi Baru Makania Akan Datang Di Astro Ceria Disember 2023

Siri Animasi Baru Malaysia, Sinopsis Animasi Makania, Siri Animasi Makania Tentang Apa, Animasi terbaru Malaysia, Menarik tentang animasi Malaysia
Siri Animasi Baru Makania Akan Datang Di Astro Ceria Disember 2023 | Animasi di Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan baik sekali. Sebelum ini aku pernah kongsikan dengan korang tentang siri animasi Super Nabil yang sudah pun ditayangkan di Astro Ceria beberapa bulan yang lepas dan sekarang ini kita dapat menonton siri animasi baru bertajuk Makania


Untuk pengetahuan semua, Siri animasi Makania adalah daripada Warnakala Studios dan pengarah yang pernah menghasilkan Didi & Friends The Movie. 

Dari tajuk animasi sahaja kita sudah boleh agak yang ianya adalah sebuah siri animasi yang berkisarkan tentang makanan. Betul tak? Tapi macam mana mereka nak olah idea tersebut supaya menjadi lebih menarik untuk ditonton?


Kredit gambar : Instagram Arezadnan

Menerusi perkongsian gambar dan video di sosial media, Siri animasi Makania pada awalnya akan menemui penonton pada bulan oktober 2023 tapi telah ditangguh tayangannya sehingga bulan disember. Kalau menurut pendapat peribadi aku, ianya adalah langkah yang bijak kerana bulan disember adalah bulan dimana cuti sekolah akan berlangsung!

Macam mana pula dengan jalan cerita? 

Kalau korang nak tahu, dalam animasi ini, Makania adalah nama sebuah Negara. Watak utama yang ditonjolkan dalam siri ini pula adalah dua orang anak beranak yang dikenali dengan nama Naz (anak) dan Kareem (Bapa). Mereka memiliki sebuah restoren yang dipanggil Restoren Kareem. 

Pada suatu hari Kareem dan anaknya Naz menyertai pertandingan masakan iaitu Makania Top Chef dan berusaha untuk memenangi hadiah yang lumayan tetapi pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa diharungi oleh mereka berdua. 

Aku cadangkan korang ke youtube channel Makania Official dan tonton sendiri trailer yang mereka muatnaik. Dari situ korang akan lebih memahami sedikit sebanyak jalan cerita animasi ini.

Buat korang di luar sana tak kiralah kanak kanak atau orang dewasa yang menggemari filem atau siri animasi boleh mula menonton siri animasi Makania menerusi channel Astro Ceria pada setiap hari Jumaat jam 3:00 Petang bermula 8 Disember 2023. 
LihatTutupKomentar