Drama Terlanjur Cinta
Tonton Terlanjur Cinta , Pelakon Drama Terlanjur Cinta , Sinopsis Drama Terlanjur Cinta , Drama baru Viu Original tahun 2024,
Drama Terlanjur Cinta | Dalam salah satu artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini aku pernah bercakap tentang lima buah drama VIU Original yang bakal ditayangkan. Antara yang sudah pun ditayangkan dan akan ditayangkan adalah drama Nenek Bongkok Tiga, Alter-naratif, From Saga With Love (Dear Karma) dan W : Two Worlds. Kini giliran Terlanjur Cinta pula.
Drama Terlanjur Cinta yang diarahkan oleh Izuan Mokhtar ini akan bersiaran di streaming platform popular di Malaysia iaitu VIU. Drama ini dijangkakan tayangannya pada tahun 2024 tetapi masih belum ada tarikh yang tepat.
Buat korang yang belum lagi mempunyai akaun VIU, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama Terlanjur Cinta yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Kredit gambar : Instagram Syafiq Kyle
Drama bersiri VIU Original Terlanjur Cinta terbitan Rumah Karya Cinta ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Umie Aida, Syafie Naswip,Khir Rahman, Anne Abdullah dan ramai lagi.
Informasi Ringkas Tentang Drama Terlanjur Cinta
Tajuk Drama : Terlanjur Cinta
Saluran : VIU
Tarikh Tayangan : TBC
Waktu Tayangan : TBC
Pengarah : Izuan Mokhtar
Terbitan : Rumah Karya Cinta
Pelakon : Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Umie Aida, Syafie Naswip,Khir Rahman, Anne Abdullah dan ramai lagi
Sinopsis Drama Terlanjur Cinta
Drama Terlanjur Cinta mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hidayah yang harus mengenepikan cintanya terhadap Amir dan berkahwin dengan seorang duda bernama Pak Majid kerana ingin menyelamatkan abangnya Salleh, seorang penagih dadah.Walau pun berkahwin hanya kerana ingin menyelamatkan Salleh, Hidayah mula membuka hati menerima Pak Majid tetapi malangnya keadaan berubah apabila Pak Majid pulang dari kerjanya dengan membawa isteri kedua.
Apakah yang akan berlaku pada Hidayah selepas itu? Bagaimana pula dengan Amir? Jangan lupa untuk saksikan drama Terlanjur Cinta yang akan ditayangkan di VIU pada tahun hadapan, 2024.