6 Drama Melayu Baru Akan Datang Di VIU Malaysia Tahun 2024

Drama baru Viu Original 2024, Drama melayu baru 2024, Drama Adaptasi korea 2024, Drama Best 2024, Drama Melayu VIU Original 2024,
 6 Drama Melayu Baru Akan Datang Di VIU Malaysia Tahun 2024 | Sewaktu VIU Upfront tahun 2023 diadakan, mereka telah mengumumkan lima drama baru yang akan ditayangkan tetapi hanya empat sahaja yang telah berjaya disiarkan dan drama tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. 


Kredit gambar : Instagram VIU Malaysia

Drama Melayu VIU Original 2023
  • Nenek Bongkok Tiga - Tayangan bermula 9 Februari 2023
  • Alter-Naratif - Tayangan bermula 25 Mei 2023
  • From Saga With Love - Tayangan bermula 21 September 2023
  • W : Two Worlds - Tayangan bermula 30 November 2023
  • Terlanjur Cinta - Akan Datang 2024
Satu lagi drama yang tidak ditayangkan pada tahun 2023 akan dibawa ke tahun 2024 dan ditambah lagi dengan lima drama baru yang sangat menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. 

6 Drama Melayu VIU Original Tahun 2024

Jadi, untuk artikel kali ini aku nak kongsikan tentang enam drama melayu baru di aplikasi VIU untuk tahun 2024. Berikut adalah senarai drama melayu VIU Original 2024.

  • Terlanjur Cinta 

Untuk drama terlanjur Cinta, sudah ada beberapa informasi yang aku boleh dikongsikan dengan korang selepas mencari maklumat tersebut di sosial media yang ada. Drama ini akan dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Puteri Balqis sebagai teraju utama dan dibantu oleh ramai pelakon lain seperti Umie Aida, Khir Rahman dan ramai lagi. 

Baca Juga : Drama Terlanjur Cinta 

Untuk informasi lanjut tentang drama Terlanjur Cinta korang boleh baca artikel lain yang aku kongsikan dibawah.

  • From Saga With Love Musim Dua

Sebagai pengguna sosial media terutama sekali tiktok, aku sering kali menonton video tentang pendapat netizen berkenaan drama ini dan kebanyakannya adalah positif. Selepas mendapat tahu drama From Saga With Love akan kembali untuk musim baru, aku rasa kejayaan drama ini tidak boleh diragui lagi. 

Apakah agaknya yang akan berlaku untuk musim yang kedua? Aku harap ianya juga akan mendapat sambutan yang sama seperti musim pertama atau mungkin lebih dari itu.

  • Strong Girl

Strong girl adalah drama melayu yang akan diadaptasi dari sebuah drama korea popular yang menjadi perhatian ramai pada tahun 2017 iaitu Strong Girl Bong Soon. Antara pelakon yang akan membintangi drama Strong Girl adalah Merqeen dan juga Nadhir Nasar. 

  • The Secret

Drama the secret ini bergenre Crime triller yang menceritakan tentang satu kes kematian seorang pelajar popular di sebuah university. Kes tersebut menjadi tanda tanya kerana ada yang menyatakan bahawa ianya adalah kes bunuh diri tetapi ada juga menganggap terdapat punca lain yang menyebabkan kematian itu berlaku. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Siti Saleha dan juga Remy Ishak

  • Gadis Masa

Berbeza dengan The Secret, Gadis Masa pula adalah sebuah drama yang bergenre romantic comedy. Drama ini dilakonkan oleh Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama. 


Terdapat unsur fantasi sebenarnya dalam drama ini kerana ianya mengisahkan tentang seorang wanita yang kembali ke masa lalu dengan menggunakan payung.

  • Nafsu

Nafsu pula sebuah drama seram yang berkaitan dengan hal hal mistik yang menampilkan Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai kelebihan mistik.


Buat masa sekarang ini beberapa informasi yang telah dikongsikan menerusi VIU Upfront 2024. Aku sebenarnya tak sabar nak tengok semua drama drama yang ada dalam senarai kerana ianya nampak sangat menarik dan berbeza dari drama yang selalu kita tengok di kaca TV.
LihatTutupKomentar