Drama Takdir Itu Milik Aku
Tonton Drama Takdir Itu Milik Aku, Pelakon Drama Takdir Itu Milik Aku, Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku, Drama baru Astro tahun 2023,
Drama Takdir Itu Milik Aku | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul Takdir Itu Milik Aku. Untuk pengetahuan semua, drama ini diadaptasi dari sebuah novel karya Siti Rosmizah dengan tajuk yang sama.
Drama Takdir Itu Milik Aku yang diarahkan oleh Feroz Kader ini akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 Malam di Astro Ria menerusi Slot Megadrama. Tarikh tayangannya pula masih belum ada.
Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Takdir Itu Milik Aku secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.
Drama bersiri terbitan SR One Sdn Bhd ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Emma Maembong, Amar Baharin, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon, Fauziah Nawi, Mak Engku Fridah, Nasz Sally, Riz Amin, Sharifah Husna, Duerra Mitilda, Shakilla Khoriri, Mahmud Ali Bashah, Rayyan Mikail, Radhi Khalid dan ramai lagi.
Informasi Ringkas Tentang Drama Takdir Itu Milik Aku
Tajuk Drama : Takdir Itu Milik Aku
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : TBC
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Pengarah : Feroz Kader
Terbitan : SR One Sdn Bhd
Pelakon : Emma Maembong, Amar Baharin, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon, Fauziah Nawi, Mak Engku Fridah, Nasz Sally, Riz Amin, Sharifah Husna, Duerra Mitilda, Shakilla Khoriri,Mahmud Ali Bashah, Rayyan Mikail, Radhi Khalid dan ramai lagi
Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku
Drama Takdir Itu Milik Aku mengisahkan tentang seorang anak yatim bernama Dian Zara yang tinggal bersama neneknya. Kehidupan Dian Zara sebagai anak yatim sangat menyedihkan kerana selalu di seksa oleh Kamisah yang merupakan emak saudaranya.Impian Dian Zara untuk sambung pelajar juga hancur ditengah jalan dan terpaksa menjadi orang gaji. Sewaktu menjadi orang gaji Dian Zara berkenalan dengan seorang jejaka. Adakah hidup Dian Zara akan berubah selepas itu? Atau dia akan masih akan menderita?