Bertukar Jadi Anjing Bila Cium Lelaki? Jom Tengok A Good Day To Be A Dog Sekarang!

Sinopsis drama korea A Good Day To Be A Dog, Review drama korea A Good Day To Be A Dog, Drama korea baru oktober 2023, Drama korea best 2023,
Bertukar Jadi Anjing Bila Cium Lelaki? Jom Tengok A Good Day To Be A Dog Sekarang! | Anyeong Yeorobunnnnnnn! Lately nih kan aku rajin betul mencari drama korea baru untuk ditonton jadi aku bercadang untuk buka segmen baru dekat blog nih dimana aku nak cakap pasal drama korea. Untuk episod pertama nih aku nak share pasal drama korea baru bulan oktober 2023 bertajuk A Good Day To Be A Dog!

Poster Drama Korea A Good Day To Be A Dog

Drama ini dibintangi oleh Park Gyu Young yang pernah berlakon drama korea yang trending dekat Netflix sebelum nih tau korang! Dia pegang watak utama dalam drama Celebrity. 

Pastuh lagi satu yang akan  membuatkan ramai gadis gadis diluar sana nak tengok drama A Good Day To Be A Dog adalah pelakon lelaki helok Cha Eun Woo. Sukalah tuh kan?

Drama ini menarik untuk ditonton sebab ianya mengisahkan tentang seorang guru sekolah bernama Han Hae Na yang mempunyai rahsia kehidupan pelik disebabkan oleh ancestor dia. 

Pelik macam mana tuh? 

Kalau korang nak tahu, Han Hae Na tak boleh kiss. Time dia bercinta pun kena elakkan aktiviti nih sebab kalau tak nanti Han Hae Na akan bertukar menjadi seekor anjing untuk beberapa jam pada waktu malam dan selepas itu dia akan kembali menjadi manusia balik!

Jadi, disebabkan itu dia sangat berhati hati supaya tak berlaku kejadian yang boleh menjadikan dia seekor anjing tapi malangnya secara tak sengaja dia tercium seorang lelaki dan lelaki tersebut adalah guru yang mengajar di sekolah yang sama dia mengajar! 

Siapakah lelaki itu? Semestinya Cha Eun Woo ler! Dalam cerita nih nama dia Jin Seo Won.

Bila dah tercium tuh bermulalah nightmare Han Hae Na. Apa nak buat kan benda dah jadi lol tapi dia boleh undo balik curse tuh. Macam mana?

Han Hae Na kena cium Jin Seo Won sekali lagi baru boleh kembali pulih macam biasa tetapi takleh la pergi cium gituh jer sebab syarat dia adalah Han Hae Na kena cium balik Jin Seo Won dalam bentuk anjing.
 
Plost twistnya lagi, si Jin Seo Won nih pulak penakut dengan anjing. 

Habislah Han Hae Na! Macam manalah agaknya dia nak convince kan lelaki tuh untuk cium dia dalam bentuk anjing and lelaki tuh pulak takut dengan anjing. Kalau korang nak tahu Korang kenalah tengok drama A Good Day To Be A Dog dekat Viu bermula 11 Oktober 2023.

okaylah yeorobunn! Sampai sini sahaja untuk episod 1. Kita tengok sejauh mana segmen nih boleh pergi sebab aku nih kadang kadang mood tuh berubah. Rajin buat, tak rajin sidai. 
LihatTutupKomentar