15 Tahun Terdampar Dekat Pulau Tak Berpenghuni! Ini Betul Betul Castaway Diva!

Sinopsis drama Castaway Diva, Review drama korea Castaway Diva, Drama korea baru oktober 2023, Drama korea best 2023,
15 Tahun Terdampar Dekat Pulau Tak Berpenghuni! Ini Betul Betul Castaway Diva! | Anyeong Yeorobunnnn! Nampaknya segmen Kdrama masih utuh walau pun baru episod 2 haha. Kira oklah kan sebab aku tak sidai korang. betul tak? Jadi, untuk episod kali ini aku nak share pasal drama korea baru yang bertajuk Castaway Diva!

Poster Drama Korea Castaway Diva

Drama kali ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang bercita cita nak jadi seorang penyanyi tapi malangnya dia terperangkap dekat satu pulau yang tak berpenghuni. Memang tergendala la cita cita dia nak jadi penyanyi korang sebab dia terperangkap dekat situ bukan sehari dua atau sebulan dua tapi selama 15 tahun. 

Memang survivor betul kan. Aku curious macam mana dia teruskan hidup dekat pulau tuh selama 15 tahun. Kalau zaman sekarang ini internet tak ada sejam dua pun dah gelabah hidup haha. Nak dijadikan cerita, selepas 15 tahun dekat situ dia akhirnya diselamatkan dan kembali kepada kehidupan normal.

Nak kata normal tuh takda la normal sangat sebab bila dah 15 tahun menghilang mesti dunia luar dah berbeza dari banyak segi. Confirm dia stress punya.

Walau pun begitu dia tetap tak lupa dengan cita cita dia nak jadi seorang penyanyi. 

Agaknya dapat ke dia mencapai cita cita dia nak jadi penyanyi tuh? Aku rasa mesti macam macam dugaan yang perlu dia hadap. Korang kena tengok tau drama nih sebab pelakon utama dia memang mantul. 

Kalau pernah tengok drama Extraordinary Attorney Woo, mesti korang kenal dengan Park Eun Bin. Dialah yang pegang watak utama drama Castaway Diva. Lakonan dia confirm best cuma yang kita tak pasti adalah jalan cerita.

Berminat nak tengok? Korang langgan ler Netflix sebab drama korea Castaway Diva akan ditayangkan dekat Netflix bermula 28 Oktober 2023. 

LihatTutupKomentar