Ticker

6/recent/ticker-posts

Avokado Sedap Dan Ada Banyak Khasiat Tapi Sayang Mahal Sungguh!

Bercakap pasal avokado nih kan, aku dah lama nak cuba  sebab avokado ada banyak kebaikan dan juga khasiat untuk badan kita tapi tuhlah makanan yang tak menyihatkan lagi menarik perhatian hahaha. 

Baca juga : Kebaikan dan Khasiat Avokado

Makanan untuk mengemokkan badan, makanan yang boleh bagi banyak penyakit jugak nak telan. Pelik kan! Makanan yang sedap sedap semua mesti jenis yang bagi badan kita gemok lol.

Walau pun avokado nih banyak khasiat tapi aku curious dengan rasa dia sampai aku google dan cari video dekat youtube nak tengok reaksi dan pendapat orang lain pasal avokado. 

Avokado khasiat banyak

Sedap ke tak? Adakah rasa dia aneh sangat? 

Bukan apa, macam yang aku cakaplah! makanan tak sihat banyak yang sedap tapi makanan yang menyihatkan pulak kebanyakannya kurang sedap.

Ada satu video yang aku tengok dekat youtube, dia buat reaksi makan buah avokado buat pertama kali. Excited aku tengok tapi malangnya dorang tak suka rasa avokado. Dorang siap buat muka lagi nak bagitau betapa tak sedapnya avokado. 

Aku pun ragu ragulah nak cuba awalnya tuh.

Tapi aku punya kekuatan untuk mencuba avokado tak pudar guys haha. Aku pergi pasaraya cari avokado, cari punya cari jumpalah buah avokado yang dorang dah packing. Satu pack ada dua biji. 

Aku pun ambillah avokado tuh pergi kaunter nak bayar harga dia RM12 mat! Hampir hampir nak terpeleot depan kaunter sebab mahal jugak avokado nih rupanya. sebiji RM6 weh. 

Takpelah aku bayar sambil tutup mata jerla haha. 

Balik tuh aku tak makan lagi, besoknya baru aku cuba makan tapi aku makan separuh jer dulu sebab nak tahu rasa dia macam mana.

Once dah try tuh aku macam eh!

Takdelah teruk mana pun rasa dia, sedap jer cuma dia taklah macam buah buah lain sebab avokado nih takde rasa manis or masam. Rasa avokado nih berlemak jer korang. Macam kita makan isi kelapa tapi lebih berlemak. 

Nanti korang cubalah sendiri and bagi pendapat korang dekat bahagian komen. 

Korang suka ke tak? hehe.

Post a Comment

0 Comments