Kecam Bagai Tiada Hari Esok Tapi Hujung Hujung Bagi Sokongan Tanpa Sedar

Zaman sekarang ini ramai orang yang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan perhatian. Bila aku cakap apa sahaja tuh maknanya segala yang terlintas dalam kepala tak kira benda tuh akan datangkan kesan yang positif atau negatif asalkan orang bagi attention.


Tapi biasanya kalau seseorang tuh buat sesuatu tanpa berfikir outcome dia mostly memang negatif la kan. Aku salute dengan orang orang yang sentiasa membantah dengan tindakan sesetengah manusia yang membuat sesuatu tanpa berfikir tapi adakah cara kita membantah tuh betul? 

Kadang kadang kita fikir cara kita membantah perbuatan buruk seseorang tuh dah betul tapi sebenarnya apa yang kita buat tuh menyebabkan dorang rasa lebih happy dan berjaya. Macam pelik kan tapi itulah hakikatnya.

Sebagai contoh, kalau ada manusia buat video yang aneh aneh sampai memberi kesan buruk kepada masyarakat sekeliling, ramai diantara kita akan tonton video tersebut dan siap bagi komen lagi. Dengan perbuatan tersebut membuatkan video dorang yang aneh aneh tuh mendapat tontonan yang banyak, komen yang banyak sampai trending. Of course lah dorang happy sebab target dah capai. betul tak?

Pada pendapat aku, kalau kita nak bendung masalah ini kita jangan bagi attention dekat dorang. Kalau dorang post video jangan tonton. Jangan bagi perhatian langsung. Ini tidak, aku perasan ramai yang sebarkan video dengan harapan nak bagi kecaman tapi tanpa kita sedar kita buat marketing percuma untuk dorang. 

Sebab tuh orang yang suka buat video aneh aneh nih dorang tetap akan buat walau apa pun yang terjadi. Dorang tahu kalau dorang post mesti akan dapat attention. 

Entahlah Nak! Kalau nak bincang pasal benda nih sampai bila bila pun tak habis. Betul tak?
LihatTutupKomentar