Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambut Hari Jadi Dengan Anak Buah | Kami Lahir Bulan Yang Sama

Sambut Hari Jadi Dengan Anak Buah | Kami Lahir Bulan Yang Sama | Dulu masa kecik tak pernah buat majlis harijadi panggil kawan kawan datang rumah makan makan sambil potong kek. Bukan aku jer tapi semua adik beradik pun tak pernah. Seingat akulah hehe.

Mungkin sebab tak pernah buat jadi rasa macam tak buat pun tak apa. Tak rasa sedih menangis dibucu katil pun kalau tak buat majlis harijadi. Bila dah besar nih terpaling sambut hari jadi pun masa dah kerja dengan kawan kawan office.

Sejak ada anak buah mesti sambut harijadi. Seronoklah tengok budak budak sambut birthday. Kita tumpang sekakilah sebab lahir bulan yang sama kan haha. 


Anak buah aku stay dekat KL dengan parents dia and aku pulak dekat kampung. Kebetulan arituh pergi KL kitorang sambut sama sama dengan family yang lain. Kakak aku adalah masak sikit untuk makan makan. 




Selain kek, kitorang makan pulut kuning dengan rendang ayam. Pastuh ada agar agar merah! As usual bila birthday mestilah dapat hadiah kan haha. Walau pun tak expect apa apa alhamdulillah rezeki dapat hadiah harijadi. Tapi kali ini lain macam sikit. Hadiah harijadi untuk kali ini dapat emas Public Gold dan lighting untuk buat video hehe. 

Terima kasih kepada yang memberi tuh ya hehe. Next harijadi nak Kereta satu biji tau hahaha. Ok bye.

Post a Comment

0 Comments