Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik Lagu Gema Raya - Aina Abdul

Lirik Lagu Gema Raya - Aina Abdul | Akhirnya Aina Abdul dah released lagu raya untuk tahun 2022. Mesti ramai peminat Aina yang excited kan. Untuk pengetahuan korang, lagu Gema Raya nih dicipta oleh Aina Abdul sendiri bersama Wan Zakaria dan Sarry Khaled. Tunggu apa lagi guys, marilah kita hafal lagu raya baru nih nanti barulah boleh nyanyi di pagi raya nanti hehehe.

Tajuk Lagu : Gema Raya
Artis : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul, Wan Zakaria
Komposer : Aina Abdul, Sarry Khaled

Tonton music video Gema Raya

Lirik Lagu Gema Raya - Aina Abdul

Dari Kota Ke Desa
Pulanglah Berhari Raya
Ayah Ibu Menanti 
Gembiranya Tidak Terkata

Rasa Rindu Memanggil
Pabila Terkenangkan
Desaku Tercinta
Oh.. Hari Raya

Rumah Dihias Cantik Berseri
Oh Indahnya
Ketupat Lemang Rendang
Juga Kuih Beraneka

Bila Sanak Saudara Tiba
Di Hari Mulia Akhirnya Bersua
Oh.. Hari Raya

Mari Raikan Hari Mulia
Berganding Kita Bersama
Menyambut Hari Raya

Bergema Takbir Di Pagi Raya
Silalah Jamu Selera
Lupakanlah Sengketa
Kuih Muih Semua Ada
Berbagai Warnanya 
Hidangan Pembuka Selera
Nikmat Tak Terkira

Mari Raikan Hari Mulia
Berganding Kita Bersama
Menyambut Hari Raya

Bergema Takbir Di Pagi Raya
Silalah Jamu Selera
Lupakanlah Sengketa
Kuih Muih Semua Ada
Berbagai Warnanya 

Oh..Tibanya Raya
Semuanya Bergembira
Kunjung Mengunjung
Eratkan Lagi Ikatan Kita
Meriah Hari Raya
Usah Kita Berduka
Bermaafan Sesama
Lupakanlah Sengketa

Bergema Takbir Di Pagi Raya
Silalah Jamu Selera
Lupakanlah Sengketa
Kuih Muih Semua Ada
Berbagai Warnanya 

Meriah Suasana Hari Raya
Silalah Jamu Selera
Lupakanlah Sengketa 

Ketupat Rendang Pun Ada 
Kuih Beraneka
Mohon Ampun Maaf Dipinta
Selamat Hari Raya 

Seperti biasa kalau Aina keluarkan lagu mesti best! Tambah pulak dengan music video yang penuh dengan outfit unik dan berbeza dengan orang lain memang jadi perhatian ramailah. Paling aku suka yang baju lip lap tuh, sekali dengan make up dekat bahagian mata pun lip lap jugak ya hehe. 

Post a Comment

0 Comments