Pengalaman Pertama Kali Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Fizikal

Solat Jumaat tanpa Penjarakan Fizikal, Solat berjemaah rapat rapat 2022, solat tanpa penjarakan fizikal di Kelantan

Pengalaman Pertama Kali Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Fizikal | 1 April 2022 adalah hari yang paling dinantikan oleh Umat Islam sebab kita dah boleh solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal. Tambah pulak nak masuk bulan puasa kan memang ramailah yang sangat teruja.

Dah berapa lama kita solat berjemaah dekat masjid dengan mengamalkan penjarakan fizikal ek? Kalau tak silap aku sejak dari awal pandemik la kan? Kiranya memang dah lama sangat. Jadi, mungkin disebabkan terlalu lama ramai diantara kita masih takut takut nak rapatkan saf.



Masa dengar khutbah pun masih ramai yang duduk dengan jarak yang agak jauh dari each other. Tak tahulah nak bagi reaction macam mana sebab jaga jarak bagus jugak untuk elakkan penularan covid 19 betul tak tapi at the same time rasa macam kenapa duduk jauh jauh nih? kita kan dah boleh duduk rapat rapat. Paham tak?

Pada pendapat aku sendiri mungkin disebabkan terlalu lama kita solat dengan jarak yang jauh dari each other jadi dia macam awkawrd sikit bila duduk rapat rapat kan tapi hopefully in future makmum yang solat berjemaah dekat masjid yang aku pergi tuh dapat solat dengan lebih sempurna sebab seperti yang kita semua tahu bila solat berjemaah kita perlu luruskan dan rapatkan saf. 

Apa pun lain macam rasa bila dapat solat tanpa penjarakan fizikal. Semoga berkekalan macam nih jer la lepas nih. Tak nak jarak jarak dah! Kita sama sama doakanlah ya. 

LihatTutupKomentar